Majlis Akad Nikah, Aqiqah & Kenduri Kahwin Di Kawasan PKPP / PKPB. Patuhi SOP Berikut

Majlis akad nikah, aqiqah dan kenduri kahwin di kawasan PKPP / PKPB? Langsungkan sahaja majlis tersebut tetapi anda semua perlu patuhi SOP yang telah disenaraikan oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Keselamatan telah pun mengumumkan bahawa arahan PKPB di beberapa negara telah tamat dan hanya beberapa lokasi dan negeri sahaja yang masih lagi berada dalam tempoh PKPP / PKPB.

Maka, beberapa arahan telah dilonggarkan seperti:

  • Kebenaran rentas negeri / daerah
  • Kebenaran membawa penumpang kenderaan mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.

Jadi apa kata kali ini kita lihat pula SOP / Prosedur Operasi Standard bagi majlis akad nikah, aqiqah dan kenduri kahwin pula.

Juga dapatkan senarai aktiviti yang dibenarkan sepanjang tempoh lanjutan PKPB di:

Majlis Akad Nikah, Aqiqah & Kenduri Kahwin Di Kawasan PKPP / PKPB. Patuhi SOP Berikut

SOP MAJLIS AKAD NIKAH, AQIQAH & KENDURI KAHWIN DILOKASI PKPP, PKPB & PKPD

SOP bagi setiap majlis dibahagikan mengikut jenis arahan sama ada di kawasan PKPP, PKPB dan PKPD. SOP tersebut ialah:

PKPP

Penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta DIBENARKAN mengikut SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS KERAJAAN & SWASTA dan SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS SOSIAL.

Jika anda bercadang untuk menganjurkan sebarang majlis, sila rujuk sepenuhnya panduan berikut:

Penyertaan pegawai kerajaan dan swasta bagi MAJLIS Rasmi dan Tidak Rasmi dari kawasan PKPP ke kawasan PKPD dan sebaliknya TIDAK DIBENARKAN.

PKPB

Penganjuran kenduri dan majlis keraian BAGI KAWASAN PKPB ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

Namun akad nikah adalah dibenarkan dan perlu mengikut Prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Majlis Akad Nikah, Aqiqah & Kenduri Kahwin Di Kawasan PKPP / PKPB. Patuhi SOP Berikut

Majlis Akad Nikah, Aqiqah & Kenduri Kahwin Di Kawasan PKPP / PKPB. Patuhi SOP Berikut

PKPD

Penganjuran majlis kenduri dan majlis keraian BAGI KAWASAN PKPD ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

INFO SELANJUTNYA

Anda boleh dapatkan SOP Penganjuran Majlis yang lengkap dengan klik pautan berikut:

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.