Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

SPiM PENJANA IPTS MARA: RM500,000 Hingga RM50 Juta Bantuan Usahawan IPTS Bumiputera

2,001

Usahawan Institusi Pengajian tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan bakal dibantu Kerajaan dan pihak MARA melalui Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) yang dilaksanakan dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pihak usahawan ini sebelum membuat permohonan seperti yang akan dikongsikan melalui artikel ini.

Baca juga: MARA: 13 Senarai Bantuan / Pinjaman Perniagaan. Semak Syarat Permohonan Disini

INFO RINGKAS SPiM PENJANA IPTS MARA

SPiM PENJANA IPTS MARA merupakan satu bentuk kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan membantu usahawan IPTS Bumiputera yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Tujuan SPiM PENJANA IPTS MARA diwujudkan adalah untuk menampung kos perbelanjaan mengurus seperti:

  • Kos operasi
  • Gaji pekerja
  • Sewa premis
  • Utiliti
  • Lain-lain perbelanjaan mengurus

HAD PEMBIAYAAN SPiM PENJANA IPTS MARA

Had pembiayaan bagi SPiM PENJANA IPTS MARA adalah seperti berikut:

  • RM500,000 sehingga RM50 juta
  • Kadar keuntungan 3.5% setahun

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SPiM PENJANA IPTS MARA

Antara syarat kelayakan permohonan SPiM PENJANA IPTS MARA ialah:

  • IPTS yang berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (perlu mengemukan sijil perakuan pendaftaran yang sah).
  • Syarikat berstatus Sdn Bhd bertaraf Bumiputera.
  • Sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah perlulah berumur tidak melebihi 65 tahun dan layak untuk mengambil perlindungan Takaful.
  • Melepasi tapisan Carian Kredit.
  • Mempunyai pengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Beroperasi 12 bulan ke atas.
  • Bebas daripada senarai hitam MARA.
  • Perniagaan Patuh Syariah.
  • Mengambil perlindungan Takaful yang telah ditetapkan oleh MARA.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN SPiM PENJANA IPTS MARA

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  1. Sijil perakuan pendaftaran IPTS oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  2. Surat kebenaran pemeriksaan kredit yang ditandatangani oleh pemohon dan dicetak menggunakan kepala surat rasmi beserta cop syarikat (format disertakan di dalam borang permohon di atas talian).
  3. Laporan kewangan tahunan beraudit bagi 3 tahun terkini.
  4. Penyata Bank utama untuk 6 bulan terkini.
  5. Profil perniagaan secara ringkas i.e jenama IPT, lokasi, bilangan pelajar, bilangan staff pengurusan beserta akademik, kursus yang ditawarkan, penaja pelajar dan lain-lain.

SPiM PENJANA IPTS MARA: Bantuan Usahawan IPTS Bumiputera

CARA PERMOHONAN SPiM PENJANA IPTS MARA

Untuk membuat permohonan, anda hanya perlu:

SPiM PENJANA IPTS MARA: Bantuan Usahawan IPTS Bumiputera

  • Log masuk, isikan maklumat permohonan dengan lengkap seperti yang diminta.
  • Semak permohonan, buat pengesahan dan hantar permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan SPiM PENJANA IPTS MARA sila hubungi PMB Tijari Bhd di talian berikut:

  • 03 2785 9800
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...