Tiba-tiba kawasan rumah anda dilanda banjir dan tidak sempat pindahkan kereta ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat. Akibatnya, habis kereta anda tenggelam dan berlumpur akibat banjir.
Mesti banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk membaiki kereta kerana habis semua komponen kereta terkena air banjir. Jangan risau kerana melalui perkongsian ini anda boleh dapatkan tips kurangkan kos baiki kereta yang tenggelam akibat banjir yang melanda kawasan rumah anda.
Bagaimana caranya untuk kurangkan kos baiki kereta yang tenggelam akibat banjir? Teruskan bacaan anda dan ikuti tips yang dikongsikan ini.
5 TIPS KURANGKAN KOS BAIKI KERETA YANG TENGGELAM BANJIR
Untuk kurangkan kos baiki kereta yang tenggelam banjir sangat mudah, anda hanya perlu:
PERIKSA PARAS AIR
Tujuan memeriksa paras air adalah untuk mengetahui keadaan kereta anda sama ada ianya tenggelam sepenuhnya atau tidak dan daripada paras air tersebut anda dapat menilai kemungkinan kerosakan kereta anda.
Mungkin air banjir telah memasuki bahagian enjin kereta anda atau tidak. Jika tidak, kos membaiki kereta anda mungkin berkurangan berbanding kereta anda tenggelam sepenuhnya.
JANGAN HIDUPKAN ENJIN KERETA ANDA
Jika anda dapati kereta anda tenggelam sepenuhnya sehingga ke ruang kabin dan enjin, diingatkan supaya tidak menghidupkan enjin kereta anda. Mengapa? Supaya tidak berlakunya litar pintas dan boleh menyebabkan enjin dan sistem gear rosak akibat banjir.
Seterusnya cabut bateri kereta atau tunda kereta anda ke bengkel yang berdekatan.
CHECK ENJIN / GEARBOX
Minta mekanik periksa enjin dan gerabox kereta anda. Nak tahu air masuk ke dalam enjin anda? Gunakan dispstick dan jika minyak melebihi amaun yang sepatutnya, air telah masuk ke dalam enjin anda.
Jadi, lakukan flushing iaitu mengeluarkan minyak dan air yang telah bercampur dalam enjin dan gantikan dengan minyak yang baru. Lakukan sebanyak 3-5 kali sehingga benar-benar bersih.
CABUT & KERINGKAN KOMPONEN KERETA
Cabut dan keringkan komponen kereta yang boleh dibuka seperti radio dan lain-lain komponen. Anda juga boleh mencuci kereta anda dengan menggunakan air yang kuat tekanannya dan pastikan tidak disembur pada bahagian yang tidak sepatutnya.
Jika anda kurang mahir, serahkan bahagian ini pada mereka yang lebih pakar.
FLUSH PETROL
Kemungkinan besar air memasuki pada ruangan petrol kereta anda. Sekiranya perkara ini berlaku pada kereta anda, anda perlu flushing keluar petrol yang bercampur air kerana khuatir kerosakan akan menjadi lebih serius dan menyebabkan kos membaiki kereta menjadi lebih mahal.
Dapatkan nasihat dan bantuan daripada mekanik yang lebih pakar untuk lakukan ini dan mereka pastinya akan membantu anda.
Nak gunakan duit untuk baiki kereta anda? Boleh aje gunakan wang iSinar tetapi belum pohon? Mohon sahaja secara online seperti yang dikongsikan di sini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.