Pasangan Suami Isteri Berjauhan Dibenarkan Merentas Negeri Mulai Hari Ini Dengan Kebenaran Polis
Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) kali ini menyebabkan pasangan suami isteri yang berjauhan atau pasangan suami isteri hujung minggu sukar untuk bertemu kerana arahan PKP yang telah dikeluarkan oleh MKN.
Namun, kali ini Kerajaan bersetuju membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan kerja untuk merentas negeri dengan mendapatkan kebenaran daripada polis bermula hari ini.
Bagi anda yang ingin dapatkan borang kebenaran merentas negeri serta surat kebenaran boleh terus download disini dan sertakan bersama dokumen sokongan untuk mngukuhkan permohonan anda.
KELONGGARAN MERENTAS NEGERI DENGAN KEBENARAN POLIS
Isi Kandungan
Hal ini telah dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, yang membincangkan keluhan pasangan suami isteri jarak jauh yang mahu kelonggaran diberikan kepada mereka untuk merentas negeri bagi bertemu pasangan dan keluarga masing-masing.
Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dulu.
PROSEDUR MENDAPATKAN PERMIT KEBENARAN RENTAS NEGERI
Sekiranya suami isteri yang ingin merentas negeri anda perlu dapatkan borang kebenaran dan ikut prosedur berikut untuk membuat permohonan merentasi negeri seperti berikut:
- Muat turun borang kebenaran rentas negeri di bawah.(2 salinan)
- Lengkapkan borang tersebut.
- Berikan alasan yang jelas sebab permohonan pergerakan.
- Turunkan tandatangan pemohon beserta tarikh permohonan.
- Bawa borang kebenaran yang telah lengkap diisi ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kelulusan.
- Sekiranya mendapat kelulusan borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya ketika ingin merentasi negeri atau sempadan.
CONTOH BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan pastikan anda mematuhi setiap arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.