Pendaftaran Sebagai Sukarelawan “Greater Klang Valley Special Task Force”. Jom Sumbangkan Tenaga Anda

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa orang ramai untuk menyertai sukarelawan “Greater Klang Valley Special Task Force”.

Ini adalah kerana penularan wabak COVID-19 di Lembah Klang yang semakin membimbangkan, kita dapat melihat sokongan berterusan daripada komuniti yang prihatin dalam membantu mereka yang terkesan akibat pandemik ini.

Jom sertai Sukarelawan “Greater Klang Valley Special Task Force” dan bantu mereka yang memerlukan khidmat anda!

Baca juga: Salam Alliance Tawarkan RM150 Harian Untuk Menjadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Mega PPV. Mohon Segera!

APA ITU SUKARELAWAN?

Sukarelawan ialah seseorang yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti yang bertujuan membantu orang lain dan terlibat secara langsung dalam kegiatan kesukarelawanan. Sukarelawan tidak mengharapkan ganjaran tetapi melakukannya dengan setulus hati untuk memenuhi suatu hasrat yang hanya mereka sahaja memahaminya dan untuk kepuasan diri.

Bagi sukarelawan, beberapa ciri atau sikap harus tertanam dalam diri untuk memastikan kerja-kerja kesukarelawanan mencapai maksudnya untuk memperkasa komuniti. Antaranya ialah:

  • Kecaknaan dan empati.
  • Bersedia untuk mengorbankan kepentingan diri untuk kemaslahatan umum.
  • Dedikasi dan iltizam.
  • Mendapat kepuasan atau rasa bangga dalam kerja kesukarelawanan.

SKOP TUGASAN SUKARELAWAN GREATER KLANG VALLEY SPECIAL TASK FORCE (GKVSTF)

Antara skop tugasan Sukarelawan “Greater Klang Valley Special Task Force” ialah:

  • Melakukan proses pengesahan kes positif (melalui telefon)
  • Menjalankan aktiviti pengesanan kontak (melalui telefon)
  • Menguruskan data dan kemaskini data (Excel/Word)
  • Membantu tugas-tugas pentadbiran
  • Membantu petugas kesihatan di fasiliti kesihatan (memantau dan memberikan bantuan bukan teknikal kepada pesakit di wad)
  • Membantu dalam pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Jabatan Forensik

CARA DAFTAR

Pendaftaran adalah secara online melalui pautan berikut:

Pendaftaran Sebagai Sukarelawan “Greater Klang Valley Special Task Force”. Jom Sumbangkan Tenaga Anda

PENEMPATAN

Sukarelawan akan ditempatkan di sekitar Lembah Klang mengikut kesesuaian di:

  • Hospital
  • Lapangan
  • Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
  • Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)
  • Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)
  • Jabatan Forensik

Baca juga: Elaun Sukarelawan Kesihatan PPV & PKRC Dinaikkan RM100 Sehari. 19,000 Sukarelawan Terima Manfaat

KENYATAAN MEDIA

Pendaftaran Sebagai Sukarelawan “Greater Klang Valley Special Task Force”. Jom Sumbangkan Tenaga Anda

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.