Sukarelawan Perkhidmatan Pengangkutan Percuma Untuk Warga Emas & Golongan Kurang Upaya GoCar, GoVac. Imbuhan RM30 & Kerja Sabtu Ahad Sahaja
Anda mempunyai kenderaan dan ingin menyertai GoVax Heroes sebagai sukarelawan yang membawa warga emas dan golongan kurang upaya ke pusat vaksin?
Jom sertai GoCar sebagai sukarelawan GoVax Heroes dengan membawa warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di kawasan yang ditetapkan sahaja.
Malahan waktu kerja anda tidak akan terganggu kerana anda hanya perlu bekerja pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
INFO GOVAC HEROES
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda, GoVax Heroes merupakan salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh GoCar untuk melancarkan lagi program vaksin COVID-19.
HARI BERTUGAS SUKARELAWAN GOVAX HEROES
Anda hanya akan bertugas pada hari:
- Sabtu dan Ahad sahaja
Ia bertujuan agar tidak menganggu hari bekerja sukarelawan masing-masing.
KEISTIMEWAAN GOVAX HEROES
Sukarelawan akan diberikan keistimewaan seperti berikut:
- Kenderaan
- Petrol
- Bayaran parking untuk memandu ke PPV
- Kredit GoPocket RM30 sehari kepada sukarelawan GoVax Heroes
LOKASI
Sukarelawan GoVac Heroes akan bertugas di kawasan berikut sahaja:
- Daerah Petaling, Selangor
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan sebagai sukarelawan GoVax Heroes adalah seperti berikut:
- Pemohon berumur 18-50 tahun.
- Memiliki lesen memandu.
- Mempunyai masa hari Sabtu dan Ahad.
Seterusnya buat pendaftaran di: Sukarelawan GoVac Heroes.
Bagi anda yang memerlukan perkhidmatan pula boleh membuat tempahan seperti berikut:
Menghubungi GoVax di talian:
- 1-300-30-2633 (24 jam)
- Membuat tempahan menerusi aplikasi GoCar di Apple Apsstore dan Google PlayStore.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.