Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jom Sertai Sukarelawan PriVo & Dapatkan Suntikan Covid-19 Dengan Cepat Serta Pelbagai Kelebihan Yang Lain Menanti Anda!

2,074

Sukarelawan dibahagian Wilayah Persekutuan sangat diperlukan untuk membantu petugas barisan hadapan bagi pelbagai tugasan yang berkaitan dengan pemberian vaksin di Wilayah Persekutuan.

Adakah anda berminat untuk menyertai Sukarelawan Wilayah Persekutuan / PriVo (Prihatin Volunteer) untuk membantu petugas barisan hadapan?

Jika ya, dapatkan syarat kelayakan serta cara membuat permohonan untuk menyertai Sukarelawan Wilayah Persekutuan / PriVo (Prihatin Volunteer) seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Salam Alliance Tawarkan RM150 Harian Untuk Menjadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Mega PPV. Mohon Segera!

INFO RINGKAS SUKARELAWAN WILAYAH PRIHATIN PRIVO

Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) adalah gabungan sukarelawan yang datang daripada pelbagai latar belakang dan bertindak sebagai pusat penyelaras kegiatan sukarelawan di Wilayah Persekutuan. PriVo diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr. Hj Annuar bin Musa, Menteri Wilayah Persekutuan.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mewujudkan PriVo bertujuan untuk membantu memastikan keberkesanan program-program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi untuk warga Wilayah Persekutuan melalui kegiatan-kegiatan sukarelawan. Pada masa ini, PriVo menumpukan usaha-usaha untuk membantu warga Wilayah Persekutuan yang terkesan akibat Covid-19.

FUNGSI PRIVO

Fungsi PriVo adalah seperti berikut:

  • Menyelaras kegiatan sukarelawan di Wilayah Persekutuan.
  • Menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan (Food Bank)
  • Menyelaras tugas-tugas bukan perubatan program suntikan vaksinasi Covid-19, dan program saringan Covid-19 RTK-Ag.
  • Menyelaras pengurusan sanitasi awam.
  • Menyelaras pengurusan gelandangan.
  • Lain-lain program yang akan dilancarkan.

KELAYAKAN MENDAFTAR SUKARELAWAN PRIVO

Pendaftaran terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan seperti kategori berikut:

  • Individu berusia 18 tahun ke atas
  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO’s)
  • Syarikat Swasta
  • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
  • Agensi Kerajaan
  • Institusi Pendidikan

KELEBIHAN SERTAI SUKARELAWAN PRIVO

Antara kelebihan yang anda perolehi sekiranya menyertai Sukarelawan Privo adalah seperti berikut:

  • Ujian saringan Covid-19 secara percuma
  • Suntikan Covid-19 percuma (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Latihan kemahiran percuma
  • Perlindungan insuran bagi aktiviti-aktiviti yang memerlukan perlindungan diri
  • Makanan dan minuman disediakan sewaktu bertugas

TUGAS-TUGAS SUKARELAWAN PRIVO

Antara tugas-tugas Sukarelawan PriVo buat masa ini adalah:

  • Membantu dalam program Ujian Saringan Covid-19 RTK-Ag di Kuala Lumpur (bermula 5 Jun 2021).
  • Membantu dalam program Suntikan Vaksin Percuma menerusi Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah (bermula 7 Jun 2021).
  • Membantu dalam program Sanitasi sekitar Wilayah Persekutuan.
  • Membantu dalam program berkaitan hal ehwal gelandangan termasuk saringan dan suntikan vaksin Covid-19.
  • Membantu dalam program pengumpulan dan agihan makanan asas.

CARA MOHON SUKARELAWAN PRIVO

Berminat? Buat pendaftaran secara online melalui pautan:

Jom Sertai Sukarelawan PriVo & Dapatkan Suntikan Covid-19 Dengan Cepat Serta Pelbagai Kelebihan Yang Lain Menanti Anda!

Jom Sertai Sukarelawan PriVo & Dapatkan Suntikan Covid-19 Dengan Cepat Serta Pelbagai Kelebihan Yang Lain Menanti Anda!

  • Tanda akuan keterangan anda.
  • Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan.

Atau imbas Kod QR seperti dibawah:

Jom Sertai Sukarelawan PriVo & Dapatkan Suntikan Covid-19 Dengan Cepat Serta Pelbagai Kelebihan Yang Lain Menanti Anda!

Baca juga: Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor Tahun 2021 Telah Dibuka. Tarikh Tutup 15 Julai 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai PriVo sila dapatkan melalui:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...