Jom Sertai Sukarelawan PriVo & Dapatkan Suntikan Covid-19 Dengan Cepat Serta Pelbagai Kelebihan Yang Lain Menanti Anda!
Sukarelawan dibahagian Wilayah Persekutuan sangat diperlukan untuk membantu petugas barisan hadapan bagi pelbagai tugasan yang berkaitan dengan pemberian vaksin di Wilayah Persekutuan.
Adakah anda berminat untuk menyertai Sukarelawan Wilayah Persekutuan / PriVo (Prihatin Volunteer) untuk membantu petugas barisan hadapan?
Jika ya, dapatkan syarat kelayakan serta cara membuat permohonan untuk menyertai Sukarelawan Wilayah Persekutuan / PriVo (Prihatin Volunteer) seperti yang dikongsikan disini.
INFO RINGKAS SUKARELAWAN WILAYAH PRIHATIN PRIVO
Isi Kandungan
Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) adalah gabungan sukarelawan yang datang daripada pelbagai latar belakang dan bertindak sebagai pusat penyelaras kegiatan sukarelawan di Wilayah Persekutuan. PriVo diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr. Hj Annuar bin Musa, Menteri Wilayah Persekutuan.
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mewujudkan PriVo bertujuan untuk membantu memastikan keberkesanan program-program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi untuk warga Wilayah Persekutuan melalui kegiatan-kegiatan sukarelawan. Pada masa ini, PriVo menumpukan usaha-usaha untuk membantu warga Wilayah Persekutuan yang terkesan akibat Covid-19.
FUNGSI PRIVO
Fungsi PriVo adalah seperti berikut:
- Menyelaras kegiatan sukarelawan di Wilayah Persekutuan.
- Menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan (Food Bank)
- Menyelaras tugas-tugas bukan perubatan program suntikan vaksinasi Covid-19, dan program saringan Covid-19 RTK-Ag.
- Menyelaras pengurusan sanitasi awam.
- Menyelaras pengurusan gelandangan.
- Lain-lain program yang akan dilancarkan.
KELAYAKAN MENDAFTAR SUKARELAWAN PRIVO
Pendaftaran terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan seperti kategori berikut:
- Individu berusia 18 tahun ke atas
- Badan-badan bukan Kerajaan (NGO’s)
- Syarikat Swasta
- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
- Agensi Kerajaan
- Institusi Pendidikan
KELEBIHAN SERTAI SUKARELAWAN PRIVO
Antara kelebihan yang anda perolehi sekiranya menyertai Sukarelawan Privo adalah seperti berikut:
- Ujian saringan Covid-19 secara percuma
- Suntikan Covid-19 percuma (tertakluk kepada terma dan syarat)
- Latihan kemahiran percuma
- Perlindungan insuran bagi aktiviti-aktiviti yang memerlukan perlindungan diri
- Makanan dan minuman disediakan sewaktu bertugas
TUGAS-TUGAS SUKARELAWAN PRIVO
Antara tugas-tugas Sukarelawan PriVo buat masa ini adalah:
- Membantu dalam program Ujian Saringan Covid-19 RTK-Ag di Kuala Lumpur (bermula 5 Jun 2021).
- Membantu dalam program Suntikan Vaksin Percuma menerusi Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah (bermula 7 Jun 2021).
- Membantu dalam program Sanitasi sekitar Wilayah Persekutuan.
- Membantu dalam program berkaitan hal ehwal gelandangan termasuk saringan dan suntikan vaksin Covid-19.
- Membantu dalam program pengumpulan dan agihan makanan asas.
CARA MOHON SUKARELAWAN PRIVO
Berminat? Buat pendaftaran secara online melalui pautan:
- https://form.jotform.com/
- Isikan dengan betul dan lengkap
- Tanda akuan keterangan anda.
- Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan.
Atau imbas Kod QR seperti dibawah:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai PriVo sila dapatkan melalui:
- www.yayasanwp.org/privo
- [email protected]
- Helpline: 011-7110 7899
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.