Pelajar SPM Pahang Bakal Terima Sumbangan RM50 Setiap Orang
Bantuan Kerajaan / Ringkasan Artikel

Pelajar SPM Pahang Bakal Terima Sumbangan RM50 Setiap Orang

Seperti yang sedia maklum, semua peperiksaan awam di Malaysia bakal ditunda dan diberikan tarikh baru seterusnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan pada tahun 2021. Peperiksaan...

Status: Aktif Bacaan: 1 min baca Fokus: Bantuan Kerajaan Update: 23 Nov
Intipati 01 Seperti yang sedia maklum, semua peperiksaan awam di Malaysia bakal ditunda dan diberikan tarikh baru seterusnya.
Intipati 02 Peperiksaan tersebut adalah: SPM SVM STAM STPM Malah, penggal persekolahan pada tahun 2021 juga telah diubah.
Intipati 03 Info lengkap, sila rujuk: Infografik Pengoperasian Seokolah Dan Tarikh Baharu Peperiksaan Awam SUMBANGAN RM50 PELAJAR SPM.

Seperti yang sedia maklum, semua peperiksaan awam di Malaysia bakal ditunda dan diberikan tarikh baru seterusnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan pada tahun 2021. Peperiksaan tersebut adalah:

  • SPM
  • SVM
  • STAM
  • STPM

Malah, penggal persekolahan pada tahun 2021 juga telah diubah dan kemasukan sekolah adalah seawal 20 Januari 2021 dan pembelajaran juga telah diubah dengan norma baharu iaitu secara Home-Based Learning bagi Tingkatan 2 dan 3 sahaja.

Info lengkap, sila rujuk: Infografik Pengoperasian Seokolah Dan Tarikh Baharu Peperiksaan Awam

Pelajar SPM Pahang Bakal Terima Sumbangan RM50 Setiap Orang

SUMBANGAN RM50 PELAJAR SPM NEGERI PAHANG

Menteri Besar Pahang iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan untUk memberikan sumbangan sebanyak RM50 kepada pelajar sekolah yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan. Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 November yang lalu.

Tujuan pemberian sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk kegunaan persediaan pelajar-pelajar tersebut menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi mereka.

“Dianggarkan, seramai 15,054 pelajar akan menduduki peperiksaan berkenaan.

“Sumbangan itu akan melibatkan peruntukan kewangan kira-kira RM752,700.”

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Pelajar SPM Pahang Bakal Terima Sumbangan RM50 Setiap Orang

SUMBER

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori