Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Bagi Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Aplikasi Touch ‘n Go eWallet

761

Terdapat pelbagai cara untuk memberikan sumbangan dari jauh kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor dan di Pantai Timur.

Anda boleh memberi sumbangan atau memohon sumbangan melalui aplikasi KitaJaga.co selain daripada saluran NGO atau individu sedia ada.

Selain daripada aplikasi KitaJaga.co, anda boleh juga membuat sumbangan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet seperti yang dikongsikan ini.

CARA BUAT SUMBANGAN TOUCH ‘N GO EWALLET

Owh, boleh buat sumbangan Touch ‘n Go eWallet ya! Ya, boleh je. Macam mana caranya untuk memberikan sumbangan kepada mangsa banjir melalui Touch ‘n Go eWallet?

Apa yang penting disini, anda mesti mempunyai aplikasi Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu.

Seterusnya:

  • Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda.
  • Kemudian klik kategori Donation.
  • Pilih badan kebajikan bencana banjir untuk anda menderma.
  • Klik salah satu daripada badan kebajikan yang terlibat dengan menekan Donate sehingga maklumat badan kebajikan dipaparkan.

Cara Bagi Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Aplikasi Touch 'n Go eWallet

  • Seterusnya klik Donate Now dan isikan jumlah wang yang ingin didermakan.
  • Isikan maklumat seperti contoh berikut: Banjir 012 3456789 iaitu dengan meletakkan maklumat bencana dan nombor telefon anda.

Cara Bagi Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Aplikasi Touch 'n Go eWallet

SENARAI BADAN KEBAJIKAN TERLIBAT

Anda boleh memberikan sumbangan dari aplikasi Touch ‘n Go eWallet kepada badan kebajikan bencana banjir seperti berikut:

  • Global Peace Malaysia
  • Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
  • Pertubuhan I-Insan
  • Islamic Relief Malaysia
  • Persatuan Bulan Sabit Malaysia
  • Mercy Malaysia
  • Yayasan Perintis Malaysia
  • Yayasan Taiwan Tzu-Chi Malaysia
  • Yayasan Maghfirah
  • Yayasan Islam Darul Ehsan dan lain-lain

Cara Bagi Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Aplikasi Touch 'n Go eWallet

Diharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu mangsa banjir di Selangor dan di Pantai Timur untuk meneruskan kehidupan masing-masing terutamanya selepas banjir reda.

Cara Bagi Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Dari Aplikasi Touch 'n Go eWallet

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...