Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kematian Ahli Keluarga? Sediakan Surat Kuasa Mentadbir Terlebih Dahulu Untuk Keluarkan Duit Si Mati

1,162

Memang sedih apabila antara kita kehilangan salah seorang ahli keluarga secara tiba-tiba. Tambahan pula, si mati pergi tanpa sebarang pesanan dan tidak sempat membuat surat wasiat serta sebagainya.

Ahli keluarga yang sedia ada pula, jika si mati tinggalkan duit yang agak banyak dalam akaun bank, apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk keluarkan duit si mati dari bank?

Adakah pihak bank dapat menerima surat atau sijil kematian untuk keluarkan duit dari akaun bank si mati?

SIJIL MATI TAK BOLEH KELUARKAN DUIT SIMPANAN SI MATI

Untuk pengetahuan anda, sijil kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) SAHAJA tidak boleh mengeluarkan wang yang ada pada akaun bank si mati.

Anda perlu sediakan beberapa dokumen lain seperti yang diperlukan oleh pihak bank termasuk surat kuasa mentadbir.

DOKUMEN SOKONGAN

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Hubungi pihak bank tersebut untuk memaklumkan bahawa pemegang akaun telah meninggal dunia. Kemudian, pewaris atau penama perlu mengemukakan dokumen pengesahan bahawa mereka mempunyai hubungan dengan arwah.

Dokumen-dokumen yang ahli keluarga perlu sediakan adalah seperti berikut:

  • Surat kematian arwah
  • Kad pengenalan pewaris
  • Butiran akaun bank
  • Surat sokongan yang membuktikan pertalian dengan arwah
  • Surat Kuasa Mentadbir

Setelah dokumen yang diperlukan lengkap, serahkan dokumen tersebut kepada pihak bank. Pihak bank pula akan menguruskan pengeluaran wang tersebut namun ia memerlukan sedikit masa untuk diproses.

Selepas segala proses telah diluluskan, wang tersebut akan dipindahkan kepada akaun penama atau pewaris tersebut.

Kematian Ahli Keluarga? Sediakan Surat Kuasa Mentadbir Terlebih Dahulu Untuk Keluarkan Duit Si Mati

MANA NAK DAPAT SURAT KUASA MENTADBIR?

Anda boleh membuat permohonan surat kuasa mentadbir ini di 3 institusi (mengikut syarat nilai harta pusaka dan pilihan waris-waris iaitu di:

  • Bahagian harta pusaka kecil Pejabat Tanah
  • Amanah Raya
  • Mahamah Tinggi

Untuk makluman anda, ketiga-tiga institusi ini mempunyai syarat dari segi nilai harta pusaka tersebut.

Kematian Ahli Keluarga? Sediakan Surat Kuasa Mentadbir Terlebih Dahulu Untuk Keluarkan Duit Si Mati

Baca juga: Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian Pencarum KWSP Sebanyak RM2,500

Ingat, walaupun siapa pun pertalian anda dengan si mati, pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan pihak bank untuk mengeluarkan wang dari akaun si mati dengan mudah.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...