Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Syarat Mohon Guru KAFA Kedah Untuk Ambilan 2022 & Ini Surah Untuk Rakaman Video

3,433

Jika anda mempunyai kelebihan dalam bidang Pendidikan Agama Islam, anda dipelawa untuk memohon jawatan kosong Guru KAFA di negeri Kedah.

Permohonan untuk jawatan kosong Guru KAFA di negeri Kedah telah dibuka secara online sehingga tarikh tutup pada 5 Oktober 2021 ini.

Dapatkan syarat permohonan disini seterusnya buat permohonan dengan segera.

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Permohonan telah dibuka pada:

  • 26 September 2021

Anda juga digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  • 5 Oktober 2021

Baca juga: 8 Cara Jawab Soalan Mengenai Isu Semasa Ketika Temuduga

SYARAT PERMOHONAN GURU KAFA KEDAH

Apa pula syarat permohonan Guru KAFA negeri Kedah?

Semak syarat permohonan disini ya:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:a) Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu
    b) Kepujian Pendidikan Islam atau Kepujian Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Kepujian Pendidikan Syariah Islamiah, dan;
    c) Lulus Bahasa Arab
  • Tinggal dan bermaustatin di Negeri Kedah
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat di atas akan ditolak

DOKUMEN SOKONGAN & SURAH RAKAMAN VIDEO

Dokumen dan rakaman video yang perlu anda sediakan ialah:

  1. Gambar berukuran pasport (softcopy).
  2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (softcopy).
  3. Rakaman video bacaan al-Quran (Format video)
    a) Rakaman hendaklah berdurasi tidak melebihi 2 minit dan saiz video tidak melebihi 100mb.
    b) Rakaman menggunakan resolusi yang rendah atau sesuai.
    c) Sekiranya saiz video melebihi 100mb, proses pemampatan (compress) perlu dibuat.
    d) Kaedah pemampatan (compress) boleh menggunakan aplikasi secara muat turun atau dalam talian (online).
    e) Rakaman video hendaklah jelas suara bacaan dan memaparkan separuh badan termasuk muka.
    f) Sila pilih salah satu surah di bawah untuk rakaman video:
    – Surah Toha (طه) ayat 1 hingga 12
    – Surah At-Taubah ayat 1 hingga 4
    – Surah As-Syura ayat 1 hingga 7
    – Surah Al-Qasas ayat 1 hingga 6
    – Surah Al-Hujurat ayat 1 hingga 5

Syarat Mohon Guru KAFA Kedah Untuk Ambilan 2022 & Ini Surah Untuk Rakaman Video

CARA MOHON

Buat permohonan secara online dipautan berikut:

  • http://bit.ly/gurukafakedah
  • Isi borang permohonan dengan lengkap.
  • Anda diingatkan untuk menghantar permohonan satu kali sahaja.
  • Sekiranya terpilih, anda akan dihubungi melalui panggilan telefon atau melalui SMS.

Syarat Mohon Guru KAFA Kedah Untuk Ambilan 2022 & Ini Surah Untuk Rakaman Video

Baca juga: 5 Kesalahan Utama Menulis Cover Letter Yang Anda Perlu Tahu. Jangan Buat Ya!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru KAFA Negeri Kedah di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...