Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT Tahun 2021 Kini Dibuka! Semak Syarat Kelayakan Disini

1,392

Pelajar daripada keluarga B40 yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dipelawa untuk memohon Tabung Pendidikan Sarjana PDT.

Permohonan telah pun dibuka mulai 1 Jun yang lalu dan anda boleh membuat permohonan sehingga 30 Jun 2021 ini.

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT ini? Semak cara mohon serta kelayakan yang telah dtetapkan melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS TABUNG PENDIDIKAN SARJANA PDT (TPSPDT)

Tabung Pendidikan Sarjana PDT telah diperkenalkan sejak tahun 2016 bertujuan membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan melalui pemberian kewangan secara one-off terutamanya peajar dari golongan B40.

Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT Tahun 2021 Kini Dibuka! Semak Syarat Kelayakan Disini

Baca juga: Permohonan Lanjut Tangguh Bayaran PTPTN PKP 3.0 Dibuka Mulai 10 Jun 2021, Penangguhan Selama 3 Bulan Sehingga 31 Ogos 2021

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan mulai:

  • 1 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021

SYARAT AM PERMOHONAN

Syarat am permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT  adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Sarjana yang sedang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus / penyelidikan / campuran secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.
  • Pemohon mestilah lahir di negeri Johor / menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
  • Tiada had umur ditetapkan.
  • Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon / keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran.
  • Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,360.00 sebulan (B40).
  • Tempoh mengikuti pengajian Sarjana (Master) mestilah berbaki lebih dua semester daripada tempoh permohonan.
  • Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).
  • Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta’zim selama lima (5) tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

CARA MOHON TABUNG PENDIDIKAN SARJANA PDT (TPSPDT)

Anda perlu memuat turun borang permohonan terlebih dahulu di:

BORANG PERMOHONAN

Seterusnya anda perlu menghantar borang yang telah siap diisi dengan lengkap ke emel berikut:

Ingat, hantar borang permohonan anda sebelum tarikh tutup permohonan iaitu:

  • 30 Jun 2021

Kelewatan menghantar borang boleh menyebabkan permohonan anda tidak dapat diproses dan gagal.

Baca juga: Bantuan One-Off RM500 Buat Orang Johor Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi Permodalan Darul Takzim di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...