Cara Mohon Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan RM4,000. Semua Golongan Termasuk OKU Sila Mohon Cepat Sebelum Terlambat!
Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa peniaga wanita Kelantan dari semua golongan sehinggalah kepada golongan OKU untuk memohon bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan.
Anda dipelawa untuk memohon dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada 5 Ogos 2021 ini.
Teruskan membaca artikel anda dan buat permohonan dengan segera sebelum permohonan ditutup.
TARIKH MOHON TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN
Isi Kandungan
Tarikh permohonan untuk bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan telah dibuka mulai:
- 18 Julai 2021 hingga 5 Ogos 2021
JUMLAH KADAR BANTUAN
Jumlah kadar bantuan maksima adalah sebanyak:
- RM4,000.00 sahaja.
SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN
Sebelum anda membuat permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan, berikut adalah syarat asas kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi:
- Untuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/ beliawanis/ armalah/OKU)
- Berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
- Bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.
- Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
CARA MOHON
Sila muat turun borang berikut untuk permohonan anda:
DOKUMEN DIPERLUKAN
Lengkapkan permohonan anda dengan mengemukakan dokumen wajib seperti berikut:
- Borang permohonan yang disahkan oleh Penghulu Mukim dan ADUN
- Gambar berukuran pasport
- Salinan kad pengenalan pemohon dan waris
- Salinan kad pengenalan pasangan/waris
- Gambar lokasi dan aktiviti perniagaan
- Salinan daftar niaga (SSM)
- Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Permohoan yang lengkap sila hantarkan ke alamat berikut:
Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita
Blok 2, Aras 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan
Baca juga: Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan, sila hubungi Unit Kemahiran Wanita di:
- 013-983 6911
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.