Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tahan Lapar 19 Jam, Minum Ini Saja Ketika Sahur

2,518

Tahan Lapar Dengan Minuman

Bagi anda yang sememangnya sukar untuk makan ketika waktu sahur serta bagi anda yang sudah makan masih terasa lapar, ini adalah berita gembira buat anda.

Anda tidak perlu pening untuk memikirkan apakah hidangan yang akan dimakan untuk bersahur lagi kerana minuman ini mampu menahan anda daripada lapar selama 19 jam.

Mari kita lihat resepi minuman tersebut.

Minuman 3 Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 5 biji kurma (bilangan ganjil mengikut sunnah Rasulullah SAW)
  • Air masak setengah cawan
  • Susu segar secawan

susu dan kurma

Cara Penyediaan

  • Buang biji kurma dan carikkan isinya
  • Rendam dalam setengah cawan air panas. Rendam sampai kurma kembang. Anda boleh rendam sebelum tidur dan minum ketika sahur esoknya. Rendam sekejap pun tak apa asalkan kurma tersebut kembang.
  • Kisar kurma yang kembang tadi bersama secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur iaitu hampir imsak.
  • Selawat ke atas Nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita.

Kurma yang direndam dalam air panas

kurma kembang

Air susu kurma yang telah siap. Sedapnya!

susu kurmasiap

Bagi anda yang menderita sakit gastrik juga digalakkan untuk meminum air ini sepanjang bulan puasa bagi menghindari gastrik datang menyerang perut anda dan membuatkan puasa anda terganggu.

Apakata kali ini kita minum air yang berkhasiat menggunakan makanan dan minuman yang disukai Rasulullah. Semoga dengan amalan pemakanan yang  baik dan sihat ini membantu kita melakukan ibadah puasa dengan penuh berkah.

Sumber : vitdaily.com

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...