Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Talian Prihatin Muallaf Terengganu, Jangan Lupa Sertakan Bersama Maklumat Ini Ya!

991

Pandemik Covid-19 benar-benar menguji seluruh masyarakat terutamanya di Malaysia sehingga terjejas pendapatan akibat kehilangan pekerjaan.

Antara mereka yang terjejas adalah golongan miskin, asnaf, fakir, penjaja, peniaga serta gologan muallaf.

Bagi golongan muallaf juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu melalui Talian Prihatin Muallaf Terengganu.

Baca juga: Tak Perlu Tunggu Lama, Saluran Fast Track Bantu Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan IPT Dalam Negara Dengan Segera. Ini Cara Mohonnya!

INFO RINGKAS TALIAN PRIHATIN MUALLAF TERENGGANU

Talian Prihatin Muallaf Terengganu ini diwujudkan untuk membantu golongan mualaf di negeri Terengganu yang terjejas pendapatan serta terputus bekalan makanan dan perbelanjaan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang dipelawa untuk memohon Talian Prihatin Muallaf Terengganu ialah:

  • Mualaf negeri Terengganu

SYARAT KELAYAKAN TALIAN PRIHATIN MUALLAF TERENGGANU

Antara syarat kelayakan Talian Prihatin Muallaf Terengganu ialah:

  • Mualaf
  • Menetap di negeri Terengganu
  • Mualaf yang terputus bekalan makanan
  • Mualaf yang terputus perbelanjaan

MAKLUMAT DIPERLUKAN

Lengkapkan permohonan Talian Prihatin Muallaf Terengganu anda dengan menyertakan bersama maklumat berikut:

  • Nama dan nombor kad pengenalan/pasport
  • Tempat dan tarikh memeluk Islam
  • Nombor telefon
  • Alamat
  • Salinan nombor Akaun Bank yang aktif (Untuk mualaf yang tiada akaun bank, gunakan akaun bank pasangan/anak)

Baca juga: Hilang Kerja, Tak Ada Simpanan? Ini Cara Mohon Bantuan Talian Cakna MAIDAM Terengganu

CARA MOHON

Anda boleh memohon dengan 2 kaedah seperti berikut:

  • Melalui panggilan telefon
  • Melalui whatsapp

Anda boleh hubungi Unit Dakwah Saudara Kita MAIDAM melalui dua kaedah diatas di nombor berikut:

  • Panggilan telefon: 09-622 1300
  • Whatsapp: 017-955 7977

Waktu yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

  • Ahad hingga Rabu: 9 pagi – 5 petang
  • Khamis: 9 pagi – 3 petang

Cara Mohon Talian Prihatin Muallaf Terengganu, Jangan Lupa Sertakan Bersama Maklumat Ini Ya!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...