Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Vaksinasi Walk-In Warga Emas Di Kuala Lumpur & Selangor. Ini Syarat Yang Anda Perlu Tahu

735

Mulai 27 Julai 2021, warga emas yang belum mendapat janji temu boleh hadir secara terus atau ‘walk in’ di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Namun, terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan dan orang ramai diinta untuk mematuhi arahan yag telah ditetapkan.

Apakah syarat yang telah ditetapkan untuk vaksinasi walk-in warga emas ini? Semak disini ya!

Baca juga: Peringatan! Kemaskini Status Risiko Di MySejahtera Dahulu Baru Hadir Ke PPV Untuk Vaksinasi

INFO RINGKAS VAKSINASI WALK IN WARGA EMAS

Vaksinasi walk in warga emas ini telah diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, iaitu:

  • Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang belum mendaftar bagi mendapatkan suntikan pelalian, boleh datang secara terus atau walk in di mana-mana PPV di Kuala Lumpur dan Selangor.

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang digalakkan untuk mengikuti vaksinasi walk-in warga emas Kuala Lumpur dan Selangor ialah:

  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas menetap di Kuala Lumpur dan Selangor

SYARAT VAKSINASI WALK-IN

Sebelum hadir untuk vaksinasi walk-in, sila ikuti syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warga emas di Kuala Lumpur dan Selangor berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum menerima janji temu vaksinasi boleh pergi ke mana-mana Pusat Pemberian vaksin (PPV) di Lembah Kelang mulai 17 Julai 2021 untuk vaksinasi.
  • Warga emas yang belum mendaftar untuk vaksinasi boleh walk-in untuk didaftarkan di PPV.
  • Warga emas yang telah menerima janji temu, diminta untuk hadir ke PPV mengikut tarikh janji temu yang telah diberikan.

PELAKSANAAN VAKSINASI WALK-IN

  • Laluan khas bagi warga emas akan disediakan di setiap PPV di KL dan Selangor, selain garis panduan bagi melancarkan proses pemberian vaksin secara terus.
  • Warga emas yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, petugas di PPV akan membuat pendaftaran secara manual dan dimasukkan ke dalam sistem apabila mereka hadir bagi mengambil suntikan vaksin COVID-19.
  • Waris terdekat atau ahli keluarga warga emas berkenaan akan dihubungi bagi memberikan peringatan mengenai tarikh janji temu suntikan dos kedua.

Vaksinasi Walk-In Warga Emas Di Kuala Lumpur & Selangor. Ini Syarat Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Semua Rakyat Selangor Boleh Dapat Rebat Grab RM20 Kalau Pergi Ke PPV Untuk Vaksinasi. Daftar Dahulu Disini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...