Nak Pos Barang Menggunakan Pos Laju Malaysia? Ini Jadual Tarikh Akhir Pengeposan Barang Untuk Rujukan Anda
Peniaga online yang menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk membuat penghantaran barang kepada pelanggan pastinya ingin mengetahui tarikh akhir pengeposan agar barang dapat diterima kepada pelanggan sebelum hari raya.
Oleh hal yang demikian, Pos Laju Malaysia telah mengeluarkan jadual tarikh akhir pengeposan agar memudahkan para pelanggannya melakukan penghantaran barangan.
Sekurang-kurangnya dengan adanya jadual tarikh akhir pengeposan barang ini, ia membantu pelanggan untuk menguruskan urusan pengeposan barang dengan lancar serta sampai tepat pada masanya.
Baca juga: Tiada Pergerakan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, SOP Aidilfitri Akan Diumumkan
JENIS ITEM PENGEPOSAN MELALUI POS LAJU
Isi Kandungan
Pelanggan boleh membuat pengeposan barangan dengan menggunakan perhidmatan Pos Laju seperti berikut:
- Bungkusan Pos Laju
- Mel
- Kad ucapan Hari Raya
TARIKH AKHIR PENGEPOSAN
Tarikh akhir pengeposan barangan yang ditetapkan oleh Pos Laju adalah seperti berikut:
POS LAJU
- Dalam Semenanjung Malaysia: 8 Mei 2021
- Kedah/Kelantan/Johor/Terengganu-Sabah/Sarawak: 6 Mei 2021
- Negeri-negeri selain Kedah, Kelantan, Johor, Terengganu-Sabah/Sarawak: 7 Mei 2021
MEL & KAD UCAPAN HARI RAYA
- Dalam Semenanjung Malaysia: 5 Mei 2021
- Semenanjung Malaysia-Sabah/Sarawak: 3 Mei 2021
BARANGAN LARANGAN
Tahukah anda bahawa tidak semua barangan boleh dipos? Jangan risau, disini adalah senarai barangan yang tidak boleh dihantar. Semak dulu sebelum membuat pengeposan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Baca juga: Tarikh Pergerakan Cuti Hari Raya Pelajar IPT. Ini SOP Pergerakan Pulang Yang Ditetapkan MKN
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.