Tiada Pergerakan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, SOP Aidilfitri Akan Diumumkan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mengumumkan bahawa larangan rentas negeri masih kekal selaras dengan status baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat, Pemulihan dan Diperketatkan bagi negeri-negeri terlibat yang berkuat kuasa 29 April sehingga 17 Mei depan.

Berdasarkan pengumuman tersebut, bermakna sebarang pergerakan pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 13 Mei juga dipercayai adalah tidak dibenarkan.

Nampaknya, tiada harapan buat masa kini untuk kita semua pulang ke kampung masing-masing untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga.

Baca juga: Patuh SOP Sepanjang PKP Atau Denda Sehingga RM10,000 Menanti Anda

TARIKH PELAKSANAAN PKP, PKPP & PKPB

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengumumkan tarikh pelaksanaan PKP, PKPP dan PKPB mengikut negeri seperti berikut:

NEGERI PKP

Tiada Pergerakan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, SOP Aidilfitri Akan Diumumkan

NEGERI PKPB

Tiada Pergerakan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, SOP Aidilfitri Akan Diumumkan

NEGERI PKPP

Tiada Pergerakan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, SOP Aidilfitri Akan Diumumkan

Bagi status baharu PKP, mesyuarat penilaian risiko oleh KKM telah membuat keputusan bahawa kesemua 10 daerah di Kelantan akan terus kekal dengan status PKP kerana menunjukkan kadar insiden yang semakin meningkat.

Oleh kerana zon hijau semakin berkurangan dan zon merah meningkat serta 33 lokaliti sedang dilaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD), maka status negeri Sabah bertukar daripada PKP Pemulihan (PKPP) kepada PKPB.

Sama seperti SOP terdahulu, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

Pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri.

Tiada Pergerakan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, SOP Aidilfitri Akan Diumumkan

SOP HARI RAYA AIDILFITRI

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidilfitri masih diperhalusi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

SOP bagi sambutan perayaan Aidilfitri akan diumumkan dalam waktu terdekat dan ianya adalah berkaitan perkara berikut:

  • Solat Aidilfitri
  • Aktiviti kunjung mengunjung
  • Menziarahi tanah perkuburan

Tiada Pergerakan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri, SOP Aidilfitri Akan Diumumkan

Baca juga: Download Contoh Surat Mohon Kebenaran Rentas Daerah / Negeri Sepanjang PKP 2021

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.