Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Bayaran Pemerkasa Tambahan Pemandu Teksi, E-Hailing RM500 Dipinda. Semak Tarikh Baharu Disini

1,442

Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) yang lalu, pemandu teksi atau kereta sewa, bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu e-hailing akan menerima Bantuan Khas sebanyak RM500.

Bantuan Khas ini adalah sebanyak RM500 secara one off akan ditunda bayarannya mulai 27 Julai 2021 kepada golongan yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Hal ini telah dimaklumkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang mana telah menyatakan bahawa tarikh bayaran telah dipinda daripada perancangan asalnya iaitu sebelum 15 Julai 2021.

Baca juga: Bayaran Fasa Kedua ‘One Off’ RM500 Pingat Jasa Pahlawan Negara, Semak Tarikh Bayaran Disini

INFO RINGKAS BANTUAN KHAS RM500

Perdana Menteri mengumumkan bantuan khas berjumlah RM68 juta menerusi pakej rangsangan tambahan PEMERKASA+ yang akan diagihkan kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing yang berdaftar di negara ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan secara ‘one-off’ (sekali bayar) berjumlah RM500 kepada golongan terbabit akan dibayar pada Julai ini.

Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 ini akan memanfaatkan 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 pemandu bas persiaran dan 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.

Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.

TARIKH ASAL PEMBAYARAN RM500 ONE OFF

Tarikh asal pembayaran RM500 Bantuan Khas kepada pemandu teksi, bas persiaran dan pemandu e-hailing adalah:

  • Sebelum 15 Julai 2021

TARIKH BARU PEMBAYARAN BANTUAN KHAS RM500

Manakala tarikh baru bagi pembayaran Bantuan Khas kepada pemandu teksi, bas persiaran dan pemandu e-hailing pula pada:

  • 27 Julai 2021

Tarikh Bayaran Pemerkasa Tambahan Pemandu Teksi, E-Hailing RM500 Dipinda. Semak Tarikh Baharu Disini

PINDAAN TARIKH PEMBAYARAN

Pihak APAD ingin menjelaskan bahawa pindaan tarikh pembayaran ini disebabkan oleh proses teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pemohon yang terlibat amatlah dikesali dan pihak APAD memohon maaf berhubung perkara tersebut.

HEBAHAN AWAM PINDAAN TARIKH PEMBAYARAN

Sebagai rujukan, anda boleh membaca hebahan awam seperti yang telah dikongsikan ini:

Tarikh Bayaran Pemerkasa Tambahan Pemandu Teksi, E-Hailing RM500 Dipinda. Semak Tarikh Baharu Disini

SUMBER

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...