Selepas ini rakyat Malaysia sudah boleh ke Mekah dan Madinah dengan tujuan melakukan ibadah Haji dan Umrah.
Bagi anda yang ingin mengerjakan umrah pada tahun hadapan, tahu tak bahawa harga lantai pakej umrah telah dinaikkan? Ini kerana terdapat kenaikan kos termasuk harga untuk swab yang perlu anda lakukan di Arab Saudi nanti.
Tetapi ada perkara wajib yang perlu anda lakukan setelah tiba di Mekah atau Madinah dan apakah perkara tersebut?
SCAN MYSEJAHTERA ARAB SAUDI
Isi Kandungan
Kalau di Malaysia kita semua perlu scan MySejahtera untuk masuk ke mana-mana premis, begitu juga apabila berada di Arab Saudi (Mekah dan Madinah).
Apa pula nama aplikasi MySejahtera Arab Saudi?
Menarik juga nama aplikasi ‘MySejahtera’ Arab Saudi ini iaitu:
- Tawakkalna yang bermaksud (Kami berserah)
4 LANGKAH-LANGKAH INSTALL APLIKASI MYSEJAHTERA ARAB SAUDI (TAWAKKALNA)
4 langkah-langkah untuk install aplikasi Tawakkalna adalah seperti berikut:
1. Beli Simkad
- Ini kerana aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna perlu menggunakan nombor telefon Arab Saudi dan internet untuk pendaftaran.
2. Download & Aktifkan Aplikasi Tawakkalna
- Klik Sign Up untuk pendaftaran.
- Dibahagian visitor dan isi maklumat yang diperlukan seperti nombor pasport, kewarganegaraan, tarikh lahir dan nombor telefon Arab Saudi.
3. Download & Aktifkan Aplikasi Eatmarna
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Ia berfungsi untuk membuat tempahan temujanji untuk memasuki tempat-tempat di Masjid Nabawi dan Umrah di Mekah.
- Bertujuan untuk membenarkan orang ramai yang lulus permit sahaja masuk ke tempat yang dibenarkan seperti:
a) Umrah
b) Solat di Masjidil haram
c) Raudah(lelaki)
d) Raudah (Perempuan)
e) Ziarah makam Rasullullah SAW - Lihat contoh ini jika anda pilih umrah.
- Pilih tarikh yang kosong dan masa untuk melakukan umrah. Ikut masa yang ditempah kerana anda tidak dibenarkan melakkan umrah pada masa yang lain. (Umrah wajib kali pertama sampai Mekah tak perlu permohonan. Ini hanya untuk buat umrah kali kedua dan seterusnya).
- Permit akan diberikan dan tunjukkan sebelum memasuki premis atau kawasan yang dimohon.
- Selesai.
Jangan lupa hebahkan pada ahli keluarga yang lain ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.