Cara Ikuti Temuduga Kerjaya UP 4.0 Secara Online Anjuran PERKESO Kedah

Bukan senang ya untuk dapatkan pekerjaan pada masa kini sekiranya anda terlalu memilih pekerjaan.

Terdapat ramai majikan yang memerlukan pekerja setelah pandemik Covid-19 akan berakhir tidak lama lagi.

Rebut peluang pekerjaan dengan mengikuti temuduga secara online anjuran PERKESO Negeri Kedah melalui Program Temuduga Khas Kerjaya UP 4.0.

INFO RINGKAS PROGRAM TEMU DUGA KHAS KERJAYA UP 4.0 PERKESO NEGERI KEDAH

Untuk pengetahuan pencari kerja di luar sana, berikut adalah maklumat mengenai Program Temuduga Khas Kerjaya UP 4.0 Anjuran PERKESO Negeri Kedah:

  • Tarikh: 7 Oktober 2021
  • Hari: Khamis
  • Jam: 9 pagi hingga 3 petang

Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

KAEDAH TEMUDUGA

Kaedah temuduga yang dijalankan adalah secara online dengan menggunakan platform berikut:

  • Cisco Webex
Nota: Anda dinasihatkan untuk meletakkan email yang aktif dan betul ketika mengisi borang pendaftaran agar pautan temuduga melalui Cicso Webex dapat dihantar kepada anda.

SENARAI MAJIKAN TERLIBAT

Terdapat 7 majikan yang terlibat dengan Program Temuduga Khas Kerjaya UP 4.0 Anjuran PERKESO Negeri Kedah ialah:

  1. UNICOLOUR POLYMER TECHNOLOGY SDN BHD
  2. AEROSPACE COMPOSITES MALAYSIA SDN BHD
  3. XSD INTERNATIONAL PAPER SDN BHD
  4. IRDECO SDN BHD
  5. PURE N FRESH MARKETING SDN BHD
  6. MESINIAGA BERHAD
  7. ASE ELECTRONICS (M) SDN BHD

CARA DAFTAR

Klik pautan ini untuk pendaftaran:

SENARAI JAWATAN, LOKASI 7 GAJI YANG DITAWARKAN

Nak tahu senarai jawatan yang ditawarkan semasa Program Temuduga Khas Kerjaya UP 4.0 Anjuran PERKESO Negeri Kedah?

Semak sini senarai jawatan beserta kelayakan pendidikan, gaji yang ditawarkan dan lokasi yang akan ditempatkan.

Cara Ikuti Temuduga Kerjaya UP 4.0 Secara Online Anjuran PERKESO Kedah

ELAUN EMP & ELAUN TAMBAHAN

Sekiranya anda merupakan seorang pencari kerja, graduan baharu,lepasan sekolah dan pekerja tidak formal, anda dipelawa untuk menyertai Program SIP Prihatin 2.0 untuk mendapatkan peluang pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan anda akan layak menerima elaun sehingga:

  • RM600 untuk tempoh 2 bulan melalui Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).
  • Elaun tambahan sebanyak RM400 sekiranya anda berjaya kembali bekerja.
Nota: Muat turun aplikasi PRIHATIN PERKESO sekarang untuk memohon SIP PRIHATIN 2.0 sebelum 31 Disember 2021.

Cara Daftar Karnival Hari Kerjaya UP PERKESO Kelantan. Klik Sini & Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai Program Temuduga Khas Kerjaya UP 4.0 Anjuran PERKESO Negeri Kedah sila hubungi:

  • Cik Malarvily: 019-295 6178
  • Pn Malarmagal: 014-902 2087
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.