Jika anda terdesak untuk mendapatkan pekerjaan dalam masa yang terdekat, inilah peluang yang anda nantikan kerana PERKESO Tapah, Perak akan mengadakan Temuduga Terbuka dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak.
Selain dari itu, anda juga boleh mendapatkan pekerjaan dengan membuat pendaftaran melalui portal rasmi MyFutureJobs seterusnya memohon pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Rujuk: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya
TARIKH TEMUDUGA TERBUKA PERSONEL MYSTEP PEMBANCI PERAK
Isi Kandungan
Tarikh temuduga terbuka bagi jawatan Personel MySTEP Pembanci ialah:
- Tarikh: 27 April 2021
- Masa: 830 pagi hingga 3 petang
- Tempat: Pejabat Penghulu Mukim Sungkai, Perak
JENIS JAWATAN YANG DITAWARKAN
Jawatan yang ditawarkan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak ialah:
- Pembanci Personel MySTEP
DESKRIPSI TUGAS
Antara tugasan yang perlu dilakukan oleh Pembanci Personel MySTEP adalah:
- Membuat bancian dan tugasan data.
KELAYAKAN AKADEMIK UNTUK SYARAT LANTIKAN
Antara kelayakan akademik untuk syarat lantikan adalah seperti berikut:
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Kelayakan yang setaraf dengannya
- Semua pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Warganegara Malaysia lelaki dan perempuan
KADAR GAJI PEMBANCI PERSONEL MYSTEP
Kadar gaji yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- RM1,600 termasuk potongan PERKESO dan KWSP
CARA MEMOHON JAWATAN PEMBANCI PERSONEL MYSTEP
Untuk membuat permohonan sebagai Pembanci Personel MySTEP, anda perlu:
- Buat pra pendaftaran dan pilihan jawatan sebelum menghadiri temuduga di pautan: https://docs.google.com/forms
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- klik NEXT untuk teruskan pendaftaran anda.
- Akhir sekali klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
- Seterusnya hadir ke Pejabat Penghulu Mukim Sungkai, Perak untuk proses temuduga.
DOKUMEN SOKONGAN
Bawa bersama dokumen sokongan seperti berikut yang perlu anda bawa ketika temuduga terbuka Personel MySTEP Pembanci Negeri Perak seperti berikut:
- Resume terkini
- Gambar berukuran pasport
- Sijil akademik SPM/Setaraf
UPDATE TERKINI PERSONEL MYSTEP
Sebarang update terkini mengenai jawatan Personel MyStep, anda boleh layari laman berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Temuduga Terbuka Pembanci anjuran PERKESO Perak, sila hubungi:
- Encik Shahir: 019-280 7530
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.