Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Teringin Lemang? Buat Lemang Guna Air Fryer Je.

1,444

Lemang Tradisi Guna Buluh

Bila sebut lemang, mesti masing-masing terbayang buluh lemang yang dibakar teratur ditepi bara api. Sedap dan menyelerakan dengan aroma bau daun pisang bercampur pulut dan santan.

Kepala santan yang ada diatas lemang itulah tanda lemang sudah masak dan enak dimakan bersama rendang ayam atau daging.

Namun bagi anda yang tinggal dibandar dan sukar untuk menemui buluh lemang, anda boleh menggunakan alternatif lain selain buluh lemang iaitu menggunakan tin yang dibalut daun pisang dan dibakar menggunakan air fryer atau oven.

Wah! Mudah betul.

Jom kita lihat cara penyediaannya.

Cara Penyediaan Lemang Tin

Bahan yang diperlukan :

  • 6 tin kosong yang dibuang bahagian atasnya
  • 18 sudu makan pulut (3 sudu makan x 6 tin pulut)
  • Santan RM5
  • Daun pisang

Cara Membuatnya : 

  • Potong tin mengikut ketinggian air fryer masing-masing.
  • Masukkan daun pisang.
  • Rendam pulut 30 minit dalam air, toskan dan rendam dengan santan supaya pulut berlemak. tiap tin masukkan 3 sudu makan pulut dan masukkan santan atas sedikit dari permukaan pulut dan perisakan dengan garam. Lebihkan santan jika anda ingin lemang yang lebih lembut.
  • Masukkan dalam air fryer atau dalam pengukus atau oven. Langkah pertama, anda boleh set suhu 160 selama 30  minit, langkah kedua pula anda setkan suhu 180 selam 15 minit. Jika anda suka lemang yang lebih garing, anda boleh tambah lagi masa. ( Guna air fryer)
  • Hentak perlahan-lahan tin untuk mengeluarkan lemang.
  • Siap untuk dimakan.

daunpisang

lemamng

lemang masak

Lemang yang sudah siap boleh dimakan bersama rendang.

makandgnrendang

Mulai hari ini anda boleh menyediakan lemang hanya dengan ,menggunakan tin sahaja. Ianya sangat mudah dan menjimatkan masa anda untuk menyediakannya. Bagaimanapun, lemang tetap lazat walaupun tidak menggunakan buluh seperti biasa.

Jom kita cuba.

Sumber :

  • mingguanwanita.my
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...