Segala urusan pada masa kini dipermudahkan kerana segalanya boleh dilakukan secara online sahaja. Anda boleh membuat pilihan anda sendiri sama ada untuk memudahkan urusan anda atau sebagainya.
Bagi anda yang gemar untuk melakukan urusan dengan mudah dan dari rumah sahaja, Tabung Haji telah melancarkan satu aplikasi yang bernama THiJARI untuk memudahkan para pendeposit Tabung Haji membuat semakan baki akaun serta membuat transaksi.
PERKHIDMATAN THiJARI ONLINE
Isi Kandungan
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh THiJARI Online ialah:
- Menyemak akaun
- Mencetak penyata akaun
- Membuat pindahan wang
- Membuat urusan perkhidmatan Haji
- Melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian
CARA DAFTAR TABUNG HAJI ONLINE MELALUI THiJARI
Untuk membuat pendaftaran, anda perlu mengemaskini semua maklumat ahli termasuk nombor telefon bimbit di kaunter Tabung Haji.
Nombor pengesahan atau TAC akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Pastikan nombor telefon bimbit adalah betul dan aktif bagi mengelakkan masalah ketika proses log masuk ke sistem THiJARI.
Untuk pendaftaran kali pertama, sila ikuti langkah-langkah mendaftar seperti berikut:
- Layari lama web : THiJARI
- Klik PENDAFTARAN seterusnya masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH yang didaftarkan.
- Klik butang SETERUSNYA dan kemaskini semua butiran yang diminta.
- Masukkan nombor telefon bimbit yang telah anda daftarkan.
- Masukkan maklumat peribadi dan kemaskini maklumat peribadi seperti yang diminta.
- Selesai dan log masuk ke THiJARI.
CARA MENGGUNAKAN THiJARI
Hanya 3 langkah mudah sahaja untuk menggunakan THiJARI ini iaitu:
- Klik pautan www.thijari.com.my
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
- Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
Selepas memasukkan semua maklumat peribadi, anda sudah boleh menggunakan THiJARI dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan.
3 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN THIJARI ONLINE
Terdapat 3 perkhidmatan yang disediakan dalam sistem THiJARI iaitu:
1. SIMPANAN DAN PENGELUARAN
Para pelanggan TH boleh melakukan:
- Semakan ringkasan
- Butiran akaun dan rekod transaksi
- Semakan baki akaun
- Pindahan simpanan dar akaun TH ke akaun TH tanggungan dan pihak ketiga
- Kemaskini profil
- Muat turun penyata akaun
- Penetapan akaun kegemaran
2. URUSAN HAJI
Pelanggan juga boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan muat turun slip pendaftaran Haji. Untuk urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji.
Selain dari itu, anda juga boleh menyemak dan muat turun jadual penerbangan pergi dan balik Haji.
Untuk Kursus Asas Haji pula anda boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus serta muat turun nota kursus haji.
3. KELAB TAHA / TAHA@U
Pendaftaran Kelab Taha / Taha@U juga boleh dibuat melalui THiJARI. Ahli kelab boleh membuat:
- Semakan status pendaftaran
- E-kad keahlian kelab
- Semakan senarai Rakan Kelab Taha / Taha@U.
INFO & PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan dan info selanjutnya mengenai THiJARI, sila hubungi cawangan Tabung Haji yang berdekatan atau hubungi Tabung Haji Contact Centre di saluran berikut:
- Telefon : +603 – 6207 1919
- Faks : +603 – 7728 4959
- Emel : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.