Tips Kurangkan Lemak & Minyak Semasa Sediakan Makanan Daripada NutrionistKKM. Jom Cuba Sebelum Terlambat!
Sepanjang tempoh PKP 3.0 ini pelbagai jenis makan dicuba dan pastinya rakyat Malaysia menjadi kreatif ketika menyediakan makanan dengan mencipta makanan baru sehingga menjadi viral.
Bila sudah terlampau banyak makanan, ada pula yang merungut berat badan semakin naik berisiko tinggi menjadi gemuk atau obes.
Jom kita cuba tips yag dikongsikan oleh NutrionistKKM ini dan amalkan mulai sekarang.
JENIS LEMAK DALAM MAKANAN
Isi Kandungan
Lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu lemak baik dan lemak jahat. Apakah perbezaan antara kedua-dua lemak ini?
LEMAK JAHAT
- Lemak Trans: Ia adalah minyak buatan, hasil sampingan daripada pemprosesan minyak sihat ke dalam bentuk pepejal untuk mencegahnya daripada basi dan dipasarkan sebagai “minyak separa hidrogenasi” dalam senarai ramuan
- Lemak Tepu: Ia pula dianggap sebagai antara baik dan buruk. Ia tidak baik untuk kesihatan anda tetapi tidak 100% sama dengan lemak trans. Lemak ini boleh didapati dalam banyak produk haiwan seperti telur, susu, daging merah dan juga dalam minyak kelapa atau minyak sawit.
LEMAK BAIK
- Lemak Monounsaturated: Ia terdapat dalam minyak zaitun, minyak kacang tanah, kacang dan biji benih. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber yang kaya vitamin E.
- Lemak Polyunsaturated: Dikaitkan dengan bukan sahaja peningkatan tetapi juga perlindungan dan rawatan terhadap penyakit jantung. Ia menawarkan banyak faedah lain dan diperlukan badan. Terdapat dalam 2 bentuk: asid lemak Omega-6 dan Omega-3 asid lemak.
TIPS MENGURANGKAN LEMAK DALAM MAKANAN
Untuk mengurangkan lemak ketika menyediakan makanan, apa yang anda perlu lakukan adalah:
- Elak goreng semula makanan berkali-kali
- Guna tisu untuk serap lebihan minyak
- Hadkan menyalut tepung sebelum menggoreng
- Tutup periuk/kuali semasa menggoreng
- Buang lapisan minyak/lemak di permukaan sup/kuah
- Guna santan cair/susu rendah lemak
Jadi, hadkan makanan yang berlemak dan berminyak sepanjang tempoh PKP 3.0 ini dan anda boleh lakukan senaman ringan di dalam rumah seterusnya amalkan pemakanan yang sihat untuk menjaga kesihatan anda.
Walaupun kita semua berada di rumah masing-masing untuk mengekang penularan wabak Covid-19, namun kita semua perlulah menjaga kesihatan melalui pemakanan yang disediakan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.