Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Tips Untuk Lulus Interview Guru SPP & Guru One-Off Secara Online

2,741

Siapa yang tak berdebarkan untuk menghadapi temuduga kerana bakal berdepan dengan panel yang tidak dikenali dan tidak tahu apakah soalan yang akan ditanya.

Selain itu, calon mesti nak buat yang terbaik semasa temuduga nanti kerana inilah jawatan yang diidam-idamkan.

Dapatkan 5 tips mudah untuk lulus interview guru SPP secara online dan semoga semua calon berjaya dalam temuduga masing-masing.

5 TIPS MUDAH LULUS INTERVIEW GURU SPP & GURU ONE-OFF SECARA ONLINE

Anda semua boleh amalkan 5 tips mudah untuk lulus interview Guru SPP dan Guru One-Off secara online seperti berikut:

1. PAKAIAN TEMUDUGA

  • Diingatkan semua calon untuk memakai pakaian yang formal sama seperti temuduga bersemuka. Pastikan ianya lengkap dan jangan pakai baju tanpa berseluar ya!
  • Bersedia kerana panel penemuduga akan meminta anda berdiri untuk melihat anda secara keseluruhan iaitu penampilan diri.
  • Calon lelaki: Berbaju kemeja berlengan panjang, berbutang, pakai tali leher, tag nama, rambut yang kemas, berseluar slack, berkasut kulit dan berstoking.
  • Calon perempuan: Digalakkan untuk memakai baju kurung yang ringkas dan tidak terlalu terang warnanya dan tidak terlalu berbunga-bunga, jangan ketat, nampak profesional, seeloknya baju kurung satu warna sahaja. Bagi calon bukan muslim, digalakkan untuk mengikat rambut dengan kemas ala ponytail, pakai pin yang ringkas, calon muslim pula pakai tudung dengan kemas dan tidak terlalu lilit disana sini. Pakai tag nama, berkasut dan berstoking. Pakai baju kurung tak perlu pakai blazer.

2. PERALATAN (LAPTOP, TABLET ATAU SMARTPHONE)

  • Anda digalakkan untuk menggunakan laptop atau pc untuk temuduga secara online kerana laptop menggunakan bateri yang lebih tahan berbanding smartphone, sambungan internet yang lebih stabil dan skrin yang lebih besar.
  • Semasa temuduga dijalankan, kemungkinan besar panel akan menunjukkan sesuatu dan meminta calon untuk menjawab soalan berdasarkan apa yang ditunjukkan. Sebab itu, calon digalakkan untuk menggunakan laptop ketika interview dijalankan.
  • Jika anda terpaksa menggunakan smartphone untuk interview, sediakan tripod untuk kegunaan anda. Ia akan menampakkan video anda lebih stabil dan lebih jelas.
  • Guna pencahayaan yang lebih bagus dan jelas. Buka semua lampu di bilik atau gunakan ring light untuk membantu pencahayaan yang lebih baik ketika temuduga nanti.
  • Sediakan mikrofon sekiranya perlu. Untuk lebih jelas, anda digalakkan untuk menggunakan mikrofon dan tak perlu kuatkan suara anda ketika temuduga nanti.

3. LOKASI

  • Pilih lokasi yang akan tertutup dan jauh daripada gangguan orang, binatang, bunyi-bunyian, tidak terlalu panas, selesa dan latar belakang yang kemas.
  • Ingat, semua ini adalah pandangan pertama panel penemuduga terhadap calon bagi interview secara online ya!
  • Ini bertujuan agar sesi temuduga yang akan dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini berlaku dan menganggu proses temuduga dijalankan.
  • Anda diingatkan bahawa temuduga Guru SPP ini kadangkala mengambil masa 1 hingga 3 jam sekiranya perlu. Oleh itu, pentingnya keselesaan untuk temuduga SPP secara online nanti.
  • Latar belakang yang kemas pula seeloknya adalah dinding yang kosong atau jika anda mempunyai bajet yang lebih, boleh set up latar belakang menggunakan green screen. Tidak perlu berlebihan dan jadikan ia profesional dengan menunjukkan imej sebagai seorang guru ketika temuduga nanti.

4. TALIAN INTERNET YANG STABIL

  • Anda boleh membuat perancangan yang lebih awal kerana setiap calon akan diemelkan jadual untuk temuduga.
  • Jika kawasan rumah anda mempunyai talian internet yang tidak stabil,anda boleh mengambil inisiatif dengan pergi ke pusat komuniti internet atau rumah rakan anda untuk mendapat talian internet yang lebih stabil.
  • Bagi anda yang berada di kawasan pedalaman, dan mempunyai bajet yang lebih ketika itu, boleh sewa hotel atau homestay di kawasan bandar untuk dapatkan talian internet yang lebih stabil. Malah, anda lebih selesa dan lebih privacy untuk temuduga nanti.

5. PERSEDIAAN

  • Persediaan Mental: Sangat penting kerana ia membantu anda lebih yakin ketika sesi temuduga dijalankan. Pastikan anda tidur lebih awal, tidur yang cukup, lebih cergas, bersarapan dan sihat ketika sesi temuduga dijalankan.
  • Persediaan Kemahiran Komunikasi: Ini merupakan persediaan yang paling penting. Gunakan kemahiran komunikasi anda ketika sesi temuduga dijalankan. Ingat, temuduga ini adalah secara online. Anda akan berkomunikasi dengan panel dihadapan kamera. Jadi, dalam tempoh masa yang ada, anda boleh membuat latihan memperkenalkan diri di hadapan cermin.
  • Persediaan Dokumen: Anda akan menerima senarai semak dokumen yang diperlukan ketika temuduga. Sediakan dengan lebih awal dan pastikan anda mempunyai salinan jika diperlukan.

Diharap anda semua tidak terlepas pandang membuat semua persediaan berdasarkan tips yang dikongsikan ini.

Semoga semua calon berjaya dalam interview masing-masing dan diharap tips ini membantu anda!

NOTA UNTUK TEMUDUGA GURU

Anda juga boleh mendapatkan beberapa nota untuk temuduga guru one-off pada pautan berikut:

5 Tips Untuk Lulus Interview Guru SPP & Guru One-Off Secara Online

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...