Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Tuntutan Pusaka Akaun Tabung Haji Tanpa Penama

2,547

Waris pemegang akaun Tabung Haji yang mana ibu bapa atau ahli keluarga yang meninggal dunia pastinya ingin tahu cara yang betul untuk membuat tuntutan.

Namun, ianya bukan masalah sekiranya pemilik akaun Tabung Haji telah membuat penamaan sebelum mereka meninggal dunia. Yang menjadi masalahnya adalah apabila pemilik akaun tidak membuat sebarang penamaan atau meninggal dunia secara tiba-tiba.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya waris ingin membuat tuntutan pusaka ke atas akaun Tabung Haji pemilik akaun yang telah meninggal dunia tanpa membuat sebarang penamaan?

TUJUAN PENAMAAN AKAUN TABUNG HAJI

Apakah tujuan penamaan akaun Tabung Haji:

  • Memudahkan waris membuat pengeluaran wang simpanan si mati tanpa perlu mengemukakan Surat Kuasa atau Perintah daripada pihak berkaitan (Bicara Kecil Pejabat Tanah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil, Amanah Raya Berhad).

Baca juga: [Tabung Haji] Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO). Mudah & Cepat, Tak Payah Tunggu Lama-Lama

PENAMAAN WARIS

Jika anda belum tahu:

  • Pendeposit yang berumur 18 tahun atau lebih hendaklah menamakan seorang atau 2 orang sebagai penerima namaan bagi maksud pembayaran apa-apa amaun yang dikreditkan atas namanya kepada TH selepas dia meninggal dunia.
  • Pendeposit dikehendaki menamakan waris Penerima Namaan yang berhak mengikut Hukum Syarak.

Waris-waris yang berhak untuk penamaan waris adalah seperti berikut:

Waris Lelaki

  • Anak lelaki.
  • Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah.
  • Bapa.
  • Datuk sebelah bapa dan ke atas.
  • Adik-beradik lelaki kandung.
  • Adik-beradik lelaki sebapa.
  • Adik-beradik lelaki seibu.
  • Anak lelaki daripada adik-beradik lelaki kandung.
  • Anak lelaki daripada adik-beradik sebapa dan ke bawah.
  • Bapa saudara sekandung dengan bapa.
  • Bapa saudara sebapa dengan bapa.
  • Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung dengan bapa.
  • Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa dengan bapa.
  • Suami.

Waris Perempuan

  • Anak perempuan.
  • Cucu perempuan daripada anak lelaki.
  • Ibu.
  • Nenek sebelah ibu.
  • Nenek sebelah bapa.
  • Adik-beradik perempuan kandung.
  • Adik-beradik perempuan sebapa.
  • Adik-beradik perempuan seibu.
  • Isteri.

CARA BUAT TUNTUTAN PUSAKA AKAUN TABUNG HAJI TIADA PENAMA

Bagi waris yang ingin membuat tuntutan pusaka bagi akaun Tabung Haji yang tiada penama, anda boleh hadir ke cawangan tabung Haji yang terdekat untuk membuat tuntutan dengan membawa dokumen seperti berikut:

Wang Simpanan RM1,000 & Ke Bawah

  • Surat Kuasa/Perintah tidak diperlukan.
  • Waris yang berhak berdasrkan hukum syarak perlu membawa dokumen pengenalan diri dan pertalian dnegan si mati.
  • Waris yang menuntut perlu melengkapkan Borang JP005.

Cara Buat Tuntutan Pusaka Akaun Tabung Haji Tanpa Penama

  • Waris yang lain perlu melengkapkan Borang JP006 sebagai persetujuan.

Cara Buat Tuntutan Pusaka Akaun Tabung Haji Tanpa Penama

Untuk borang-borang yang lain, anda boleh dapatkkan disini sahaja.

Wang Simpanan Melebihi RM1,000 

Waris/pihak lain perlu mengemukakan salah satu Surat Kuasa/Perintah daripada institusi berikut:

  • Mahkamah Syariah; atau
  • Mahkamah Sivil; atau
  • Pejabat Tanah/Daerah (Bicara Kecil); atau
  • Amanah Raya Berhad (Pentadbir Pusaka)
Nota: Jika sekiranya terdapat lebih daripada seorang waris/pihak lain di dalam Surat Kuasa/Perintah tersebut, semua waris/pihak lain perlu membuat tuntutan sama ada melengkapkan borang JP005 ataupun borang JP006 untuk mewakilkan waris lain/pihak lain.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tuntutan pusaka akaun Tabung Haji di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...