Selain Sihat, Pesakit Kronik Sila Alert & Ambil Tahu Nama Ubat Anda Atau Bawa Ubat Ke PPV Sebelum Terima Vaksin
Untuk mengelakkkan sebarang risiko terutamanya kepada pesakit kronik yang bakal menerima vaksin, anda semua dinasihatkan untuk mengetahui nama ubat yang diambil atau membawa ubat tersebut sekiranya tidak pasti.
Ubat tersebut boleh dibawa semasa hari anda bakal disuntik vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) negeri masing-masing dan tunjukkan kepada petugas.
Ini adalah kerana sihat saja tidak menjamin anda tidak mengalami risiko yang tidak diingini dan anda boleh semak nama ubat yang diambil mulai sekarang.
GOLONGAN SASARAN
Isi Kandungan
Golongan sasaran yang digalakkan untuk membuat semakan ubat atau membawa ubat yang diambil adalah:
- Pesakit kronik
- Golongan berisiko tinggi
SEMAK NAMA UBAT
Mengapa anda perlu ambil tahu nama ubat tersebut?
- Ini adalah kerana untuk mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku semasa atau selepas anda mengambil vaksin.
- Malahan, petugas juga akan merekodkan tahap kesihatan anda dan doktor yang bertugas akan merekodkan jenis vaksin yang akan diterima.
- Bagi anda yang tidak dapat membuat semakan nama ubat, anda digalakkan untuk membawa ubat-ubat tersebut ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada hari anad menerima vaksin.
MEMBAWA PEN SENDIRI
Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman Hospital Pakar KPJ Perlis, Dr Nurazam Omar, anda juga perlu:
- Segera memaklumkan kepada petugas sekiranya mengalami sebarang gejala dijangkiti wabak COVID-19.
- Dinasihatkan untuk membawa pen sendiri bagi mengelak risiko dijangkiti.
KELEBIHAN VAKSIN KEPADA PESAKIT KRONIK
Antara kelebihan vaksin kepada pesakit kronik yang dijangkiti COVID-19 ialah:
- Mereka dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus berkenaan kepada ahli keluarga terdekat lain terutama yang berumur 18 tahun ke bawah.
- Melindungi pesakit kronik daripada mendapat kesan yang teruk jika dijangkiti virus itu.
- Keyakinan untuk terus bekerja seperti biasa.
- Lebih selamat untuk berurusan terutamanya di tempat tumpuan ramai seperti pasar dan bank.
VAKSIN ADALAH PERISAI
Vaksin boleh diibaratkan sebagai PERISAI kerana ia dapat:
- Mengurangkan risiko jangkitan bagi pesakit kronik yang merupakan antara golongan tertinggi yang mendapat jangkitan wabak berkenaan.
- Vaksin juga selamat untuk anda yang mengambil ubat atau dalam tempoh rawatan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.