Sedang Tunggu Dipanggil Interview? Cuba Buat Video Resume Daripada Buang Masa & Tampilkan Kreativiti Anda! Tengok Contoh Ini
Kalau anda sedang menanti dipanggil untuk temuduga, apa salahnya manfaatkan masa yang ada dengan menghasilkan sesuatu yang memberi faedah buat anda.
Walaupun tidak diminta oleh majikan, apa kata anda ciptakan video resume dan tampilkan kreativiti anda. Mana tahu, majikan nampak kesungguhan anda seterusnya dipanggil bekerja hanya melalui video resume sahaja.
Ingin tahu cara buat video resume? Dapatkan cara membuat video resume dan contoh seperti yang dikongsikan melalui artikel ini.
KENAPA PERLU ADA VIDEO RESUME?
Isi Kandungan
Kenapa perlu ada video resume? Tak cukup lagi ke resume atau cv yang diberikan kepada HR atau majikan?
Kalau anda nak tahu, resume sahaja sudah cukup tetapi ianya belum tentu cukup untuk membuatkan graduan serta pencari kerja yang lain kelihatan wujud dan menarik dimata majikan.
Jangan lupa, zaman sekarang adalah zaman persaingan yang penuh sengit. Jadi, tunjukkan kelebihan yang ada pada anda agar majikan lebih tertarik untuk jadikan anda pekerja pilihan mereka.
CARA BUAT VIDEO RESUME
Sangat mudah untuk membuat video resume cuma yang penting disini anda masukkan semua maklumat penting yang majikan perlu tahu seperti mana anda siapkan resume anda.
Apa yang menariknya disini, anda boleh masukkan hasil kerja anda yang lain sebagai selingan di dalam video ini. Maka, makin terserlah kreativiti dan kelebihan anda untuk dipilih sebagai pekerja yang seterusnya.
TIPS CIPTA VIDEO RESUME BUAT PERTAMA KALI
Jangan risau, semak tips dan perkara yang perlu anda letakkan ke dalam video resume anda seperti yang dikongsikan dibawah:
- Letakkan intro dengan memberi salam
- Perkenalkan diri dengan menyebut nama dan umur anda serta maklumat yan difikirkan sesuai.
- Seterusnya masukkan pendidikan anda yang terkini iaitu IPTA/IPTS yang anda bergraduasi. Juga nyatakan CGPA yang anda perolehi.
- Jangan lupa nyatakan pengalaman bekerja, praktikal yang anda perolehi sepanjang belajar dan bekerja sebelum ini. Kaitkan dengan jawatan yang anda mohon.
- Seterusnya ceritakan mengenai kemahiran yang ada pada anda. Contohnya suka membuat design, suka melukis, boleh bercakap 3 bahasa. Pada bahagian ini juga anda boleh ceritakan pencapaian yang anda perolehi sepanjang anda belajar dan bekerja sebelum ini jika ada. Contohnya nyatakan anugerah dekan, anugerah dalam bidang persatuan dan sebagainya.
- Akhir sekali sebutkan nombor telefon bimbit anda, email atau apa-apa akaun media sosial profesional anda untuk dihubungi sekiranya HR atau majikan mempunyai sebarang maklumat lanjut atau soalan untuk ditanya.
TEMPLATE VIDEO RESUME
Bagi anda yang ingin mencipta video resume, boleh sahaja anda gunakan template yang disediakan kepada anda agar video anda nampak lebh menarik.
- Klik pada https://biteable.com/corporate/resume/
- Klik Edit Video
- Masukkan video anda untuk diedit
- Edit juga text pada video anda dengan memasukkan maklumat diri anda
- Akhir sekali klik Export untuk save video resume anda.
Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi CapCut yang ada pada telefon bimbit anda secara percuma sahaja dan ianya lebih mudah untuk anda edit serta masukkan text yang sesuai dengan anda.
- Seterusnya masuk ke aplikasi CapCut dan klik pada butang (+)
- Masukkan video anda
- Cut video yang tidak perlu
- Masukkan text yang sesuai
- Anda juga boleh masukkan animation yang sesuai untuk cantikkan video anda.
- Akhir sekali klik Export untuk save video resume anda.
TEMPOH MASA VIDEO RESUME
Video resume yang terbaik perlu anda hasilkan adalah selama:
- 2 – 3 minit sahaja
Yang penting, maklumat yang anda perlu masukkan adalah sama seperti yang ada dalam resume anda.
Baca juga: Mohon Kerja Kilang Pun Perlu Resume Tau! Biar Ringkas & Padat Tetapi Penuh Maklumat
CONTOH VIDEO RESUME
Masih lagi belum nampak video resume itu bagaimana bentuknya?
Tak apa, lihat contoh yang dikongsikan ini ya!
CONTOH 1
CONTOH 2
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.