Jika sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya bermula hari Ahad ini.
Namun para peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah secara percuma selama 6 bulan melalui laman web DBKL.
Jadi, selaras dengan pengumuman YB Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan membuka permohonan kepada penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk memulakan perniagaan masing-masing.
CARA MOHON LESEN PERNIAGAAN KECIL-KECILAN
Isi Kandungan
Untuk memohon lesen perniagaan kecil-kecilan ini, anda perlu:
- Mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara 6 Bulan (PKS6B)
- Seterusnya, permohonan yang lengkap boleh dihantar ke:Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan,
Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar,
Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya - Atau melalui emel: [email protected]
- Telefon: 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231
TARIKH PERMOHONAN
Anda boleh membuat permohonan mulai sekarang dan boleh mula berniaga bermula 15 November 2020 sebaik sahaja mendapat surat kelulusan dari PPj.
TEMPOH PERNIAGAAN KECIL-KECILAN
Para peniaga boleh mula berniaga dalam tempoh 6 bulan bermula:
- November 2020 hingga April 2021
Selaras dengan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan ini, maka 15 haribulan nanti dapat dilihat Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan menjadi Wilayah Bebas Berniaga yang bersistematik.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.