Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Berapa Jumlahnya? Semak Jumlahnya Disini

3,484

Ramai yang tertanya-tanya apakah itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN?

Wang ini akan diberikan kepada pelajar sebelum memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sebagai persediaan kepada mereka.

Teruskan bacaan anda dan dapatkan info lengkap mengenai Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN yang perlu anda ketahui.

JUMLAH WANG PENDAHULUAN PINJAMAN (WPP) PTPTN

Jumlah wang yang akan diberkan kepada pelajar ialah:

  • RM1,500

SYARAT PEMBERIAN WPP

Syarat pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN ialah:

  • Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
  • Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
  • Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
  • Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
  • Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.
Nota: Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.

CARA TUNAI WPP

Untuk tunaikan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
  • Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.
  • Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

    1.Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN
    2.MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

  • WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

SEMAKAN TAWARAN WANG PENDAHULUAN PINJAMAN (WPP) PTPTN

Bagi pelajar yang telah memohon Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah secara online dipautan berikut:

Apa Itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Berapa Jumlahnya? Semak Jumlahnya Disini

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang search.
  • Status permohonan anda akan dipaparkan.

Baca juga: Permohonan Lanjut Tangguh Bayaran PTPTN PKP 3.0 Dibuka Mulai 10 Jun 2021, Penangguhan Selama 3 Bulan Sehingga 31 Ogos 2021

4 SALURAN PEMBAYARAN BAHARU PTPTN SECARA ONLINE

Bagi peminjam yang ingin membuat pembayaran pinjaman boleh membuat pembayaran melalui 4 saluran pembayaran baharu PTPTN secara online seperti berikut:

  • Shopee
  • KiplePay
  • BESTPay
  • KelantanPAY

Rujuk: 4 Saluran Baharu Bayaran Pinjaman PTPTN Secara Online. Mudah & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...