Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Yuran Konvokesyen UITM Dikurangkan Bagi 3 Sesi Untuk Graduan Semua Peringkat Pengajian Sebanyak RM40

1,193

Semua pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) gembira dengan pengumuman ini!

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah bersetuju untuk mengurangkan yuran konvokesyen sebanyak RM40 bagi tiga sesi iaitu sesi 93, 94 dan 95 untuk graduan semua peringkat pengajian ijazah dan diploma.

Susulan berita ini, pastinya para pelajar menarik nafas lega kerana tidak terbeban dengan yuran konvokesyen lagi.

Baca juga: RM300 Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Pencari Kerja Graduan, Lepasan Sekolah & Pekerja Sektor Tidak Formal. Daftar Di MyFutureJobs Dahulu!

TUJUAN PENGURANGAN YURAN KONVOKESYEN

Keputusan pengurangan yuran konvokesyen dibuat pengurusan tertinggi universiti selepas mengambil maklum situasi semasa dan mengurangkan beban kewangan yang perlu dibayar oleh graduan.

JUMLAH PENGURANGAN YURAN KONVOKESYEN UITM

Jumlah pengurangan yuran konvokesyen UITM adalah sebanyak:

  • RM40

KADAR YURAN KONVOKESYEN UITM

Sebelum ini, kadar yuran konvokesyen UITM adalah sebanyak:

  • RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian

Pengurangan sebanyak RM40, graduan hanya perlu membayar antara RM110 hingga RM190 sahaja.

Nota: UiTM juga mengurangkan yuran konvokesyen bagi sesi ke-92 dengan jumlah sama serta mengendalikannya secara janji temu.

PENGURANGAN YURAN KONVOKESYEN UITM AUTOMATIK

Pengurangan yuran konvokesyen ini diberi secara automatik kepada semua peringkat pengajian iaitu:Ijazah doktor falsafah

  • Ijazah sarjana
  • Diploma lepasan ijazah
  • Ijazah sarjana muda
  • Program profesional
  • Diploma

Yuran Konvokesyen UITM Dikurangkan Bagi 3 Sesi Untuk Graduan Semua Peringkat Pengajian Sebanyak RM40

PEMULANGAN YURAN KONVOKESYEN UITM

Ambil maklum!

  • Graduan yang sudah membuat bayaran yuran konvokesyen akan dimaklumkan untuk mengisi e-Borang Pemulangan Yuran Konvo ke-93 bagi pemulangan RM40.
  • Bagi graduan yang belum membayar yuran konvokesyen, bil yuran akan dibatalkan dan akan dijanakan bil yuran yang baharu.

Baca juga: N-Gene, Program Khas Untuk Graduan Yang Berminat Menjadi Usahawan & Geran Berjumlah RM3000 Menanti Anda

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pengurangan yuran konvokesyen UITM di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...