Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah membuka permohonan Bantuan Zakat Khas Covid-19 kepada penduduk Negeri Sembilan yang tidak mempunyai pendapatan secara bulanan serta terjejas pendapatan akibat Covid-19 dan PKP 3.0.
Permohonan adalah secara online melalui pautan atau melalui imbasan kod QR yang akan dikongsikan sebentar nanti.
Selain dari Negeri Sembilan, Zakat Pulau Pinang juga membuka permohonan Skim Bantuan Makanan Kecemasan buat golongan Asnaf dan Miskin negeri tersebut yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.
TARIKH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah membuka permohonan Zakat Khas Covid-10 PKP 3.0 mulai:
- 1 Jun hingga 14 Jun 2021
- Hari Isnin hingga Jumaat
- Jam 830 pagi hingga 430 petang
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran untuk menerima Zakat Khas Covid-19 PKP 3.0 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ialah:
- Golongan yang idak mempunyai pendapatan tetap secara bulan serta terkesan
- Golongan terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mensyaratkan pemohon mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Bermaustatin di Negeri Sembilan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN ZAKAT KHAS COVID-19 PKP 3.0
Untuk membuat permohonan Zakat Khas Covid-19 PKP 3.0 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini, anda perlu:
- Klik: https://docs.google.com/forms/
- Isi borang yang tertera dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Akhir sekali klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
Atau anda boleh imbas Kod QR yang terdapat pada poster iklan seperti dibawah:
Baca juga: Perlis Agih Bantuan Asas Bernilai RM50 Tiga Hari Sekali Kepada Mereka Yang Layak Sepanjang PKP 3.0
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.