Zakat Pengeluaran iSinar. Perlu Atau Tidak? Ini Cara Pengiraannya

Terdapat pelbagai pendapat mengenai bayaran zakat bagi pengeluaran iSinar sama ada wajib dibayar atau tidak terutamanya bagi ahli yang beragama Islam. Namun, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan golongan yang mengeluarkan i-Lestari atau i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam keadaan terpaksa tidak diwajibkan untuk membayar zakat.

Berikutan pandemik Covid-19 pengeluaran tersebut tidak diwajibkan sekiranya ketiadaan sumber pendapatan dan terjejas.

Bagi golongan yang mempunyai sumber pendapatan dan mampu menampung diri dan tanggungan, maka wajib dikeluarkan zakat.

Baca juga: iSinar Kategori 2 Mulai Dibayar 2 Mac 2021. Semak Tarikh Bayaran Anda Sekarang

INFO RINGKAS PEMBAYARAN ZAKAT KE ATAS PENGELUARAN iSINAR

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran kemudahan i-Sinar bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang, tidak diwajibkan membayar zakat ke atas pengeluaran yang dibuat.

Namun begitu, ahli KWSP beragama Islam dinasihatkan untuk menunaikan kewajipan membayar zakat ke atas semua pengeluaran simpanan KWSP (termasuk i-Sinar) yang telah sempurna milik sekiranya tidak digunakan bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas diri sendiri serta tanggungan ataupun membayar hutang dan mencapai nisab.

Memandangkan pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dan tahap kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh ahli boleh berubah dari masa ke masa, JKPS berpandangan adalah wajar untuk ahli KWSP menunggu sehingga haul sebelum membayar zakat.

Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri berhubung pembayaran zakat simpanan KWSP.

*Simpanan sempurna milik merujuk kepada simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sekatan.
*Nisab merujuk kepada paras minimum sesuatu harta yang diwajibkan zakat yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas.
*Haul merujuk kepada haul zakat bagi ahli yang beragama Islam.

CARA PENGIRAAN ZAKAT PENGELUARAN iSINAR KWSP

Untuk lebih memudahkan dan lebih faham, anda boleh melihat contoh yang dikongsikan oleh KWSP seperti berikut:

Contoh 1

  • Ahli kehilangan pekerjaan sejak bermula pandemik COVID-19 yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas dan hutang sebanyak RM36,000.

Zakat Pengeluaran iSinar. Perlu Atau Tidak? Ini Cara Pengiraannya

Contoh 2

  • Ahli mengalami pengurangan pendapatan yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas sebanyak RM1,000 sebulan (RM12,000 setahun).

Zakat Pengeluaran iSinar. Perlu Atau Tidak? Ini Cara Pengiraannya

* Contoh: Haul zakat dari bulan Ramadhan 1441H (April 2020) – Sya’ban 1442H (Mac 2021).
** Nisab Wilayah Persekutuan tahun 2021: RM20,299 (ahli perlu merujuk kadar nisab yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing).

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan info seterusnya mengenai bayaran zakat iSinar melalui :

  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-8922 6000
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.