Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Melaka Bagi Tahun 2021/1442H

1,440

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadan bersamaan dengan 13 April 2021 hari Selasa dengan status norma baharu sama ada PKPP atau PKPB.

Bagi rakyat negeri Melaka, Kerajaan Melaka sedia membenarkan operasi semua bazar Ramadan di seluruh negeri itu pada bulan puasa yang akan datang. Namun, kebenaran itu bergantung pada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan penurunan statistik harian kes COVID-19 di negeri berkenaan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Negeri Melaka, sila dapatkan melalui artikel yang dikongsikan ini.

Baca juga: Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Perlis Bagi Tahun 2021/1442H

BAZAR RAMADAN MELAKA

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, tiada halangan untuk pembukaan bazar Ramadan pada tahun ini selaras dengan inisiatif Melaka Bebas Berniaga dan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa di negeri ini.

MKN dirayu untuk mempertimbangkan kebenaran supaya bazar Ramadan yang amat sinonim dengan umat Islam untuk menjana ekonomi sebelum Syawal beroperasi, memandangkan proses imunisasi vaksin sedang berjalan dan angka jangkitan juga menunjukkan penurunan hari demi hari.

Bagaimanapun sebarang keputusan akhir termasuk penetapan prosedur operasi standard (SOP) adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertanggungjawab dalam menguruskan segala hal berkaitan pandemik Covid-19.

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK SELURUH NEGERI MELAKA

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Melaka bagi Tahun 2021/1442H:

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Melaka Bagi Tahun 2021/1442H

Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

PENGISIAN DI BULAN RAMADAN

Antara pengisian ibadat di bulan Ramadan adalah:

  • Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.
  • Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail
  • Meningkatkan amalan harian
  • Menunaikan solat tarawih
  • Bertadarus al-quran
  • Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain
  • Beriktikaf terutama 10 malam terakhir
  • Memperbanyakkan sedekah
  • Memberi makanan kepada orang yang berpuasa
  • Bersahur
  • Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum
  • Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat
  • Menunaikan umrah jika mampu

Baca juga: Rawatan Perubatan Yang Membatalkan Puasa Dan Tak Membatalkan Puasa – KKM

SUNNAH PUASA GAYA RASULULLAH S.A.W

Antara sunnah puasa gaya Rasulullah S.A.W ialah:

1. Bersahur

Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah S.A.W

2. Segerakan Waktu Berbuka Puasa

Rasulullah S.A.W sendiri menyarankan agar menyegerakan berbuka puasa dan melarang melambatkan berbuka puasa.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka

Rasulullah S.A.W menganjurkan untuk berbuka puasa dengan memakan beberapa biji kurma basah.

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Melaka Bagi Tahun 2021/1442H

Dapatkan sunnah puasa gaya Rasulullah S.A.W yang seterusnya di: 7 Sunnah Puasa Gaya Rasulullah S.A.W, Sebaik Berpuasa Adalah Mengikut Sunnah Baginda

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...