Cara Menuntut Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018

0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan suatu inisiatif daripada kerajaan persekutuan untuk meringankan beban rakyat. Setiap individu yang memenuhi syarat kelayakan BR1M, layak menerima bantuan ini.

Sebenarnya, kerajaan bukan sahaja memperkenalkan BR1M sebagai bantuan dalam meringankan beban rakyat. Banyak lagi bantuan-bantuan lain yang telah kerajaan umumkan dalam pembentangan bajet yang lalu.

Program-program seperti SL1M, PPA1M dan lain-lain lagi turut dikategorikan sebagai bantuan kerajaan dalam mengagihkan pendapatan negara kepada rakyat. Satu lagi skim bantuan kerajaan yang diumumkan di bawah BR1M adalah SKK ataupun Skim Khairat Kematian.

Kerajaan membuktikan keprihatinan terhadap nasib rakyat yang menghadapi kematian keluarga dengan cara memperkenalkan Skim Khairat Kematian (SKK). Skim ini merupakan kesinambungan daripada BR1M di mana penerima BR1M yang meninggal dunia turut diberikan bantuan kepada warisnya.

skk 3

Untuk pengetahuan anda, waris kepada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah meninggal dunia boleh menuntut wang bantuan sebanyak RM 1 000 melalui Skim Khairat Kematian (SKK) ini.

Selain mendapat bantuan RM 1 000, waris kepada penerima BR1M yang meninggal itu juga turut layak menuntut kesemua jumlah wang bantuan BR1M yang masih berbaki dalam akaun si mati tersebut.

SYARAT- SYARAT KELAYAKAN MENUNTUT SKK

Sebelum menuntut Skim Khairat Kematian (SKK), terdapat beberapa syarat yang digariskan dan waris perlu meneliti setiap syarat ini terlebih dahulu.

  • SKK hanya layak dituntut oleh waris yang dinamakan sahaja.
  • Kematian berlaku dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018
  • Penerima untuk kategori individu tidak layak menuntut SKK.

WARIS YANG LAYAK MENUNTUT SKK

Bukan semua waris si mati yang layak untuk menuntut Skim Khairat Kematian ini. Hanya waris yang telah didaftarkan oleh penerima di Bahagian D (Lampiran Maklumat Waris) dalam Borang Permohonan BR1M 2018 sahaja yang layak dan boleh membuat tuntutan ini. Mereka terdiri daripada:

  • Ibu bapa
  • Pasangan
  • Adik-beradik
  • Anak
  • Cucu

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN

Untuk membuat tuntutan, waris yang layak dan boleh menuntut haruslah menyediakan beberapa dokumen penting ini. Dokumen-dokumen ini haruslah dibawa sewaktu waris ingin membuat tuntutan. Berikut merupakan senarai dokumen yang harus anda bawa:

  1. Sijil Kematian Asal penerima
  2. Kad Pengenalan Asal Waris yang membuat tuntutan
  3. Dokumen pertalian antara waris dan penerima mengikut jenis hubungan seperti berikut:
  • Ibu/ Bapa = Sijil Lahir penerima
  • Adik-beradik = Sijil Lahir penerima dan sijil lahir waris
  • Anak = Sijil Lahir Waris
  • Pasangan = Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan

CARA-CARA MENUNTUT SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

Terdapat tiga prosedur mudah yang perlu anda ikut dalam menuntut SKK ini. Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Anda boleh menuntut SKK sekiranya terdapat kematian waris dalam tempoh BR1M 2018 (1 Januari hingga 31 Disember) di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.
  2. Anda perlu membawa dokumen penting bagi mebuktikan si mati adalah waris anda. (Dokumen seperti yang dinyatakan di atas).
    Anda akan menerima bayaran daripada BSN selepas maklumat yang dikemukan disahkan lengkap dan tepat.
  3. Inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini membuktikan kerajaan sentiasa berusaha dalam membantu rakyat ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Skim Khairat Kematian (SKK) ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat. Di samping itu, bantuan ini turut dapat meredakan kesedihan keluarga si mati.

skk 1

Kepada anda yang kematian waris yang merupakan penerima bantuan BR1M, anda bolehlah menuntut SKK ini. Anda juga boleh menuntut baki wang BR1M yang masih terdapat dalam akaun si mati melalui skim ini.

Comments
Loading...