Resepi Susu Kurma. Cara Buat Paling Mudah dan Cepat, Anda Boleh Cuba Sekarang

962

Minuman yang paling di cari bulan puasa ni mestilah susu kurma. Tapi kalau nak beli hari-hari boleh tahan juga harga. Lebih baik buat sendiri lebih jimat. Boleh buat banyak dan minum hari-hari.

Jadi, ini resepinya.

Resepi Susu Kurma

Ini adalah resepi yang mudah dan cepat untuk anda cubanya sekarang.

Bahan-Bahan

  • 7-10 biji kurma (Anda boleh gunakan pelbagai jenis kurma yang ada dipasaran atau juga boleh dicampurkan bersama)
  • 1 cawan air kosong
  • 2 cawan susu segar ( Full cream atau low fat milk. Ikut pilihan anda)

susu,air,kurma

Bahan Sampingan / Tambahan

  • Madu
  • Oat
  • Kacang badam
  • Gajus
  • Kismis
  • Potongan mangga
  • Buah tin
  • Pisang
  • Serbuk Milo / koko / kopi / holicks / nestum
  • Sebuk kayu manis
  • Ketul ais
  • Aiskrim vanila / coklat / strawberi

topping susu kurma

Cara Penyediaan

Cara untuk menyediakan susu kurma ini sangat mudah. Lihat cara-caranya seperti digambar.

Potong kurma dan buangkan bijinya.

belah kurma

Rendam buah kurma dengan air kosong semalaman. Jika ingin cepat, rendam dengan air masak selama 10-15 minit.

renddam kurma

Masukkan kurma dan air rendaman ke dalam pengisar. Kemudian masukkan susu.

kisar dengan susu

Kisar kurma sampai hancur.

kisar hancur

Siap untuk dihidangkan. Masukkan bahan-bahan sampingan tadi atau terus minum begitu sahaja.

susu kurma siap

Mudah dan pantas bukan?

Minuman ini sangat baik diamalkan di bulan puasa kerana ia mampu membuatkan perut tahan lapar dalam tempoh waktu yang panjang. Anda boleh siapkan susu ini untuk di minum pada waktu sahur dan ketika berbuka puasa. Jadi, tidaklah nanti anda akan makan nasi atau juadah lain terlalu banyak. Secara tidak langsung, anda boleh berdiet dan menjaga tubuh badan sepanjang bulan puasa ini.

Selain daripada mampu menahan lapar, ia juga bagus kepada ibu yang menyusukan anak kerana ia bertindak sebagai penggalak untuk produktiviti pengeluaran susu ibu.

Selamat mencuba.

Sumber :

  • Rai Illani
Comments
Loading...