Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H

1,446

Sekali lagi umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan dengan norma baharu dan di Malaysia, kita menyambutnya dan berpuasa selama sebulan bersama PKP 2.0.

Puasa kali ini melatih kita untuk terus bersederhana dan digalakkan untuk terus menjaga SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan untuk mengelakkan daripada penularan wabak Covid-19 terus berada dikalangan kita.

Namun, ada yang bersedih dengan pengumuman Menteri Kanan Keselamatan bahawa tiada pergerakan rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri buat masa ini. Berdoalah, mungkin dengan kepatuhan semua dengan SOP yang telah ditetapkan, masing-masing boleh pulang berhari raya seperti dahulu.

Baca juga: Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Wilayah Persekutuan Tahun 2021/1442H

NIAT BERPUASA UNTUK SEBULAN

Umat Islam diseru menghidupkan ibadah dan tradisi Ramadan di rumah yang antara lain dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan dengan menyediakan juadah berbuka dan sahur bersama, menunaikan solat berjemaah serta memantapkan ilmu agama.

Sebelum itu, tahukah anda niat berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan Tahun 2021/1442H?

Niat dan lafaz niat untuk sebulan

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Rumi: Nawaitu Sauma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Nak tahu niat untuk harian? Rujuk niat untuk berpuasa secara harian disini.

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK SELURUH NEGERI KEDAH MENGIKUT ZON

Berikut adalah jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri Kedah mengikut zon:

ZON 1

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H

ZON 2

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H

ZON 3

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H

ZON 4

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H

ZON 5

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H

ZON 6

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H

ZON 7

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H

Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

ADAB BERBUKA PUASA

Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya adab ketika berbuka puasa. Apabila adab itu dijaga dan diamalkan, kita dapat mengagungkan sunahnya.

Antara adab ketika berbuka puasa ialah membaca doa seperti yang diamalkan Baginda SAW. Ibnu Umar berkata, “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca doa yang bermaksud: “Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat sudah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.” (Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Shaum).

Kita juga boleh memohon apa saja yang dihajati kerana antara waktu mustajab (makbul) untuk berdoa ketika berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Shiyam).

Selain itu, kita disunatkan menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika azan dilaungkan, terus utamakan untuk berbuka puasa.

Perkara itu dianjurkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari).

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...