3 Langkah Untuk Segerakan Tuntutan Insurans & Takaful Pemegang Polisi/Sijil Terjejas Banjir
Pemegang insurans dan takaful yang terlibat dengan banjir boleh menyegerakan tuntutan masing-masing dengan menggunakan 3 langkah yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia.
Ini dapat membantu mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan masing-masing terutamanya selepas banjir surut.
Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini seterusnya semoga segala urusan anda diproses dengan mudah dan segera.
SEGERAKAN TUNTUTAN INSURANS/TAKAFUL
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda, pihak industri insurans dan takaful bersedia untuk menyegerakan proses tuntutan dan memberikan pertimbangan khas kepada pemegang polisi/sijil yang terjejas dengan banjir.
3 LANGKAH MENYEGERAKAN TUNTUTAN INSURANS/TAKAFUL
Terdapat 3 cara untuk menyegerakan tuntutan insurans dan takaful oleh pemegang polisi/sijil yang terjejas dengan banjir iaitu:
- Semak* jika polisi/sijil semasa anda mempunyai perlindungan banjir.
- Beritahu ITO atau ejen anda tentang kerugian yang dialami.
- Berikan bukti sokongan seperti gambar/viideo kerosakan harta benda yang dipolisikan.
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU PEMEGANG POLISI TERJEJAS INSURANS AM
Antara Bantuan CSR yang tersedia untuk pemegang polisi yang tersedia bagi Insurans Am adalah:
Subsidi pembersihan kenderaan di bengkel untuk kenderaan berikut:
- Kereta/Kenderaan perdagangan sehingga RM500
- Motorsikal sehingga RM100
Nota: Tidak termasuk kerja baik pulih kenderaan
KRITERIA KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang ditetapkan ialah:
- Terbuka untuk sebarang jenis polisi motor yang mempunyai perlindungan daripada banjir atau tidak.
- Kemukakan bukti kerosakan banjir pada kenderaan dan bukti perlindungan insurans terdahulu
- Kenderaan yang kali terakhir diinsuranskan pada 1 Jun 2021
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU PEMEGANG POLISI TERJEJAS INSURANS HAYAT & TAKAFUL KELUARGA
Bantuan-bantuan yang tersedia kepada pemegang polisi Insurans Hayat dan Takaful Keluarga adalah seperti berikut:
- Pemberian pelepasan beberapa bulan tambahan untuk pembayaran premium/caruman
- Penstrukturan semula mod pembayaran premium/caruman
- Pelanjutan tempoh tangguh selama 30 hari untuk pembayaran premium/caruman
- Pengurangan/Pengecualian caj faedah untuk pinjaman polisi/sijil dan polisi/sijil dibawah APL (pinjaman premium automatik)
- Pengecualian kos percetakan untuk polisi insurans/sijil takaful/penggantian kad perubatan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan insurans dan takaful, anda boleh menghubungi pengendali insurans dan takaful seperti berikut:
Bagi pemilik rumah yang belum insuranskan rumah anda,boleh berbuat demikian seperti yang dikongsikan ini. Tak mahal pun, bayaran pula secara tahunan.
Kalau anda nak insuranskan rumah anda, boleh klik pautan dibawah:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.