PERKESO: Pelaksanaan 4 Inisiatif Untuk Pekerja & Majikan Sepanjang 2021
Untuk pengetahuan anda, PERKESO kini sedang melaksanakan 4 inisiatif yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 untuk dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia amnya.
Mungkin sebelum ini ramai antara kita yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sehingga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, kali ini kerajaan dengan kerjasama PERKESO dan pelbagai agensi merangka pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat dalam menghadapi masalah yang sama.
Apakah 4 inisiatif yang dilaksanakan oleh PERKESO dan bakal dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya para pekerja? Teruskan bacaan anda dan dapatkan info yang lengkap mengenai 4 inisiatif PERKESO disini.
4 INISIATIF PERKESO UNTUK PEKERJA & MAJIKAN 2021
Isi Kandungan
4 inisiatif PERKESO yang sedang dilaksanakan untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
1. Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 Secara Bersasar
PSU 3.0 boleh dimohon oleh majikan yang mengalami penurunan nilai jualan atau pendapatan 30% atau lebih dalam sektor PELANCONGAN dan RUNCIT sahaja, terhad kepada 500 orang pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
Anda juga boleh rujuk: Program Subsidi Upah PSU 3.0 Dilanjutkan 3 Bulan Lagi & Permohonan Dibuka 1 Januari 2021
2. Program PenjanaKerjaya 2.0
Program PenjanaKerjaya 2.0 merupakan insentif pengambilan pekerja yang ditambahbaik untuk majikan dan pencari kerja yang berdaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs. Kadar insentif sehingga RM6,000 diberikan mengikut kategori pekerja untuk tempoh enam bulan dan bantuan latihan sehingga RM7,000 untuk pekerja yang diambil bekerja.
3. SIP Prihatin
SIP Prihatin adalah lanjutan tempoh Elaun Mencari Pekerjaan dengan tambahan tiga bulan, menjadikan tempoh keseluruhan pembayaran elaun adalah di antara 3 hingga 9 bulan.
Kelayakan insentif ini adalah pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan PERKESO yang telah habis tempoh kontrak perkhidmatan sekurang-kurangnya 12 bulan dan pernah diperbaharui sekurang-kurangnya tiga kali, dan juga pekerja yang tidak memenuhi syarat kelayakan caruman minima.
Info lengkap, sila rujuk: Elaun Mencari Kerja Dilanjutkan Selama 3 Bulan. Ini Bagaimana Anda Boleh Memanfaatkan Bantuan Ini
4. SPS Lindung
SPS Lindung pula merupakan bantuan Kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO kepada golongan yang bekerja sendiri terutamanya sebagai penghantar makanan / barang dengan pembiayaan penuh Pelan 2 SKSPS yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 orang yang bekerja sendiri.
Mereka yang layak mendapat manfaat SPS LIndung adalah:
- Anggota Sukarelawan Angkatan Tentera
- Sukarelawan Simpanan Polis
- Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia
- Sukarelawan Maritim malaysia
- Guru Takmir
- Imam
- Bilal
- Siak
- Noja
- Merbut
- Pekerja sektor Awam berstatus Contract For Service
- 40,000 orang delivery riders
Nota: Semua inisiatif ini dilaksanakan mulai 1 Januari 2021.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai 4 inisiatif diatas, sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.