5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA Ditawarkan BSN Untuk Usahawan Terjejas Akibat Covid-19. Mohon Jika Perniagaan Anda Terjejas!
Bank Simpanan Nasional (BSN) mempelawa usahawan mikro yang terjejas pendapatan untuk memohon salah satu daripada 5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang disediakan untuk uasahawan ini.
5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA ini pastinya dapat membantu para usahawan mikro yang memerlukan modal untuk bangkit semula daripada segala masalah yang dilalui sepanjang pandemik Covid-19.
Apakah 5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang disediakan oleh BSN kepada usahawan mikro? Semak disini dan buat permohonan sekiranya anda benar-benar memerlukan.
INFO RINGKAS SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA BSN
Isi Kandungan
Tahukah anda bahawa:
- Skim Mikro Kredit PEMERKASA ini menyediakan bantuan kewangan sehingga RM50,000 dengan kadar keuntungan sebanyak tiga peratus (3%) dan tempoh pembiayaan antara satu (1) hingga lima setengah (5.5) tahun.
- Pembayaran ansuran bulanan hanya akan bermula selepas bulan keenam.
TARIKH PERMOHONAN
Usahawan mikro boleh membuat permohonan pembiayaan mulai:
- 1 April 2021
5 SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA BSN
Terdapat 5 jenis Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang ditawarkan kepada usahawan mikro iaitu:
- Bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.
- Bagi usahawan wanita yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.
- Bagi usahawan muda berusia 30 tahun dan ke bawah yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.
BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA
- Bagi usahawan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.
- Bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana bagi menampung kos-kos tetap operasi perniagaan sehingga enam (6) bulan termasuk gaji pekerja, bil utiliti dan sewaan.
Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan, klik pautan ini dan terus buat permohonan untuk pembiayaan perniagaan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk permohonan Skim MIkro Kredit PEMERKASA dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan di saluran berikut:
- 1-300-88-1900
- www.bsn.com.my
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.