Pelbagai masalah yang dilalui oleh pelajar sekolah untuk melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti ketiadaan peranti dan kemudahan internet yang tidak stabil.
Baca juga: Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT
Selain itu, terdapat pelan internet prabayar 20GB dengan harga sebanyak RM15 yang ditawarkan kepada pelajar calon SPM dan STPM oleh pelbagai syarikat komunikasi seperti Celcom, U Mobile dan pelbagai lagi.
Untuk memudahkan pelajar di Negeri Terengganu khasnya, kerajaan Terengganu telah menyediakan sebanyak 84 pusat internet komuniti untuk menampung keperluan PdPR pelajar.
84 PUSAT INTERNET KOMUNITI
Isi Kandungan
Buat masa ini, sebanyak 20 Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) turut beroperasi dahulu sementara proses naik taraf dilakukan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Terengganu juga membenarkan 64 pusat internet komuniti turut beroperasi bagi menampung keperluan PdPR pelajar
TEMPOH OPERASI PUSAT INTERNET KOMUNITI
Tempoh operasi bermula:
- 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
- Setiap hari kecuali Jumaat
Baca juga: BERKAT PKP 2.0: RM100 Tunai, Top Up & Pelbagai Insentif Untuk Rakyat Terengganu
MANFAAT KEPADA 900 PELAJAR
Pusat internet komuniti ini akan dibuka kepada para pelajar yang memerlukan untuk berkunjung ke Pusat Khidmat Komuniti secara janji temu di mana terdapat kemudahan 10 hingga 20 buah komputer di setiap PINTAR yang mampu memberi manfaat kepada kira-kira lima pelajar dalam satu-satu masa, menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 900 pelajar bagi satu-satu masa.
Untuk melaksanakan program ini, pandangan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan sedang menunggu jawapan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) untuk disesuaikan di PINTAR.
20 LOKASI PINTAR YANG BEROPERASI
Terdapat 20 lokasi PINTAR yang akan beroperasi iaitu:
- Pengkalan Kubur
- Kuala Besut
- Kota Putera
- Jertih
- Padang Luas
- Hulu Besut
- Seberang Kastam
- Permaisuri
- Guntung Luar
- Batu Rakit
- Durian Burung
- Paya Keladi
- Teluk Ketapang
- Bukit Tunggal
- Teluk Pasu
- Kuala Berang
- Manir
- Alor Limbat
- Rhu Rendang
- Paka
SOP BERADA DI PUSAT INTERNET KOMUNITI
Sebelum berada di Pusat Internet Komuniti, anda membuat temujanji terlebih dahulu seterusnya:
- Hanya 5 orang sahaja dibenarkan berada di Pusat Internet Komuniti
- Wajib memakai mask sebelum memasuki PINTAR
- Menggunakan Hand Sanitizer
- Tidak dibenarkan memasuki premis sekiranya suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi PINTAR di:
- Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat, Tingkat 2, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu, Terengganu.
- No Telefon: (09) 623-1957
- Email: [email protected]
- http://pintar.terengganu.gov.my/contact
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.