Insentif Terkini Buat Penjaja, Usahawan & Belia Berniaga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
Setelah membuat tinjuan di kawasan-kawasan penjaja sekitar Kuala Lumpur, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tan Sri TPr Annuar bin Haji Musa telah mengumumkan beberapa insentif untuk para penjaja.
Sedikit sebanyak insnentif ini melegakan para penjaja dan mereka yang termasuk di bawah Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga dan Program Usahawan Anak Muda Kota@Wilayah.
Apakah insentif tersebut?
TUJUAN INSENTIF DIPERKENALKAN
Isi Kandungan
Insentif ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban lebih 4,500 penjaja berdaftar di bawah skim tersebut serta memudahkan golongan itu membuat perancangan perniagaan memandangkan negara masih berdepan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baca juga: Kelas Digital SPM Yayasan Wilayah Persekutuan. Percuma Untuk Calon SPM 2021 Mulai 1 Jun 2021!
SKIM WILAYAH BEBAS BERNIAGA
Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenalkan pada 15 November tahun lalu, bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma.
INSENTIF MENYOKONG KELANGSUNGAN PERNIAGAAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Antara insentif yang telah dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ialah:
- Pengecualian bayaran fi lesen perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
- Pengecualian bayaran sewa tapak bagi Program IWBB & UMK
- Pengurangan 50% kadar sewa fasiliti DBKL, PPJ dan PL
Tan Sri Annuar Musa turut mengingatkan peniaga yang disifatkan berisiko dengan jangkitan wabak untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi program trak bergerak yang akan digerakkan ke lebih banyak kawasan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang dan Kampung Baru.
Beliau turut meminta kerjasama peniaga menjaga penjarakan fizikal antara gerai selain meminta lebih 2,000 peniaga yang masih belum mendapat lesen di bawah skim itu disebabkan tidak memenuhi kriteria seperti aspek pemilihan lokasi untuk segera berdaftar.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.