[Hartani-i] Bantu Anda Membeli Tanah Untuk Aktiviti Pertanian Dengan Margin Sehingga 90% Ikut Had Kelayakan
Usahawan pertanian pastinya ingin kembangkan aktiviti pertanian masing-masing dan modal yang besar diperlukan untuk membuat pembelian tanah.
Bagi usahawan Agro yang memerlukan modal untuk pembiayaan pembelian tanah, Skim Hartani-i sangat membantu untuk urusan pembelian tanah yang diinginkan.
Syarat kelayakan untuk permohonan Hartani-i Agrobank boleh didapatin pada perkongsian ini dan sekiranya layak, buat permohonan anda dengan pelbagai faedah menarik sedang menanti anda.
SKIM HARTANI-i AGROBANK
Isi Kandungan
Usahawan Agro yang ingin membeli tanah dan memerlukan pembiayaan boleh memohon Skim Hartani-i yang disediakan oleh Agrobank dengan had pembiayaan sehingga 90% had kelayakan pemohon.
Pembelian tanah termasuk pembelian terus daripada penjual atau melalui lelongan awam atau pembelian tanah yang akan atau telah dilelong oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).
Jadi, ia memudahkan usahawan Agro membuat pembelian tanah untuk tujuan aktiviti pertanian tanpa mengira apa jua jenis tanaman yang diusahakan.
KELAYAKAN PERMOHONAN
Kelayakan permohonan Hartani-i Agrobank adalah seperti berikut:
- Individu warganegara Malaysia
- Berumur 21-60 tahun
- Kakitangan Kerajaan/Swasta yang telah disahkan jawatan
Individu yang berpendapatan stabil (jika bukan kakitangan kerajaan/swasta) - Berpendapatan tetap bulanan tidak kurang RM 1,500 (kerajaan) dan RM 2,000 (swasta).
DOKUMEN DIPERLUKAN
Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen penting berikut:
- 3 bulan slip gaji terkini bagi individu berpendapatan tetap
- 6 bulan penyata bank bagi individu yang berpendapatan stabil
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan geran tanah
- Perjanjian jual beli
- Salinan kad pengenalan pemilik tanah
TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh pembiayaan bagi Hartani-i adalah sangat istimewa kerana tempoh maksimum yang ditawarkan adalah sangat panjang iaitu:
- Sehingga 20 tahun atau;
- Sehingga pemohon berumur 60 tahun pada tarikh matang pembiayaan (mana-mana yang lebih awal)
CARA MOHON
Anda yang berminat untuk membuat permohonan pembiayaan pembelian tanah pertanian Hartani-i Agrobank, ia boleh dilakukan secara online melalui:
- Laman rasmi Agrobank
- Hadir ke Agrobank yang terdekat
JADUAL BAYARAN BULANAN
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan pembiayaan Hartani-i disaluran berikut:
- 1 300 88 2476
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.