[Nota] Temuduga Guru: 11 Anjakan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia & Falsafah Pendidikan Guru. Download Ya!
Dikhabarkan temuduga guru bagi jawatan Guru DG41 One-Off akan berlangsung pada hujung bulan Ogos 2021 ini.
Sudah buat persiapan untuk temuduga belum?
Jika belum dan tidak tahu untuk mendapatkan nota berkaitan profesion perguruan yang selalu ditanya ketika temuduga guru dijalankan, sila dapatkan disini dan buat ulangkaji serta persediaan dengan lebih awal.
TARIKH TEMUDUGA GURU ONE-OFF
Isi Kandungan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa temuduga Guru One-Off akan diadakan pada:
- Hujung bulan Ogos 2021
NOTA FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
11 ANJAKAN (PPPM 2013-2025)
Selain daripada nota diatas, calon guru juga boleh mendapatkan Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang dikongsikan ini.
[Download] Nota Falsafah Pendidikan Kebangsaan Untuk Rujukan Guru SPP
TIPS PERSEDIAAN LULUS TEMUDUGA SPP
Jika permohonan telah dihantar, berdoalah agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.
Namun, pastinya calon ingin dapatkan beberapa tips persediaan temuduga sama ada secara bersemuka atau online.
1. PENAMPILAN
Sama seperti temuduga yang lain iaitu mestilah memakai pakaian kemas dan formal. Wajib pakai tag nama, rambut pendek dan kemas bagi calon lelaki dan berbaju kurung bagi calon wanita. Bagi calon wanita bukan Islam digalakkan memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
2. CELIK TEKNOLOGI
Zaman sekarang mestilah anda semua perlu tahu penggunaan aplikasi Google Meet, Zoom, Telegram, Youtube dan pelbagai lagi. Maklumlah, semua urusan menggunakan internet dan mungkin temuduga anda akan dijalankan menggunakan aplikasi yang disebutkan tadi.
3. KENALI KAEDAH PDPR
Anda digalakkan untuk mengambil tahu apadakah kaedah PDPR yang dijalankan di Malaysia pada masa kini. Sama ada ianya adalah secara online, offline atau offsite. Ambil tahu sama ada ianya dijalankan secara gabungan kedah atau bagaimana. Baca dan fahami dengan betul dan boleh rujuk di Facebook KPM sahaja.
4. APLIKASI TERKINI
Tambahkan ilmu anda mengenai aplikasi terkini yang ramai cikgu gunakan pada masa ini seperti aplikasi Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet, Educandy dan pelbagai lagi aplikasi. Anda boleh cuba gunakan dan praktis. Sekurang-kurangnya anda mempunyai point ketika menjawab soalan yang disoal.
5. SEDIA TEMPAT TEMUDUGA
Kemungkinan besar temuduga yang akan dijalankan adalah secara online kerana keadaan Covid-19 yang belum ada kesudahannya. Jadi, sediakan tempat temuduga anda dengan baik seperti pencahayaan yang baik, mikrofon dan latar belakang yang sesuai untuk temuduga anda.
Nak dapatkan 5 lagi tips untuk lulus temuduga Guru SPP?
Dapatkan sahaja dipautan ini: Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.