Berita gembira buat semua rakyat Malaysia kerana selepas ini kita semua sudah boleh melancong walaupun di dalam negara.
Sehubungan itu, sudah pasti ramai yang menunggu untuk ke Pulau Langkawi melalui program gelembung pelancongan mulai 16 September 2021.
Namun, hanya 7 jenis aktiviti pelancongan sahaja yang dibenarkan di Pulau Langkawi. Apakah 7 jenis aktiviti pelancongan ini?
TARIKH PULAU LANGKAWI DIBUKA KEPADA PELANCONG
Isi Kandungan
Pulau Langkawi akan dibuka semula dibawah program gelembung pelancongan mulai:
- 16 September 2021
7 JENIS AKTIVITI PELANCONGAN DIBENARKAN DI PULAU LANGKAWI
Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, aktiviti pelancongan yang dibuka adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
7 aktiviti pelancongan yang dibenarkan di Pulau Langkawi adalah:
- Hotel & Inap Desa
- Produk Tarikan Utama Pelancongan :Aktiviti pantai, sukan air, memancing, taman rekreasi dan lain-lain
- Minat khas: Golf, berbasikal, memancing, pelayaran.
- Eko Geo Kembara
- Hasil Seni dan Budaya
- Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga
- Lawatan Akademik
“Kita harap MKN akan keluarkan SOP itu dalam masa terdekat bagi memudahkan orang ramai membuat perancangan sebelum datang ke Langkawi dan pengusaha pelancongan di Langkawi juga akan dapat bersedia.”
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib
Baca juga: Geran Bantuan Khas RM3,000 Agensi Pelancongan & RM600 Pengusaha Homestay Secara One -Off
KURSUS PEMATUHAN SOP
LADA dengan kerjasama Akademi Pelancongan Langkawi telah mengadakan kursus pematuhan SOP untuk semua segmen industri yang rapat dengan sektor pelancongan di pulau itu.
LADA menjangkakan kira-kira 5,000 pelancong akan mengunjungi Langkawi setiap hari mulai 16 September ini sama ada melalui perkhidmatan feri di Kuala Kedah di sini dan Kuala Perlis, Perlis atau penerbangan.
Jangan lupa untuk buat perancangan perjalanan yang betul bagi mengelakkan kesesakan, buat tempahan untuk tiket perjalanan dan produk pelancongan di Langkawi secara dalam talian.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.