[Lesen Memandu] Tiada Lagi Ujian Praktikal Dengan JPJ Antara Peraturan Baru Ambil Lesen Memandu
Selepas ini calon memandu kereta yang akan mengambil lesen memandu tidak perlu lagi membuat ujian praktikal bersama kakitangan JPJ.
Selain itu terdapat beberapa lagi peraturan baru yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk lesen memandu dan motorsikal.
Dapatkan senarai penuh peraturan baru yang telah dikemaskini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk rujukan anda.
SENARAI TERKINI HARGA PAKEJ BELAJAR MEMANDU
Isi Kandungan
Semak pakej belajar memandu dibawah mengikut kategori untuk rujukan anda:
- B2 (Motorsikal tidak lebih 250cc): RM350 hingga RM450
- B Full (Motorsikal lebih 500cc): RM900 hingga RM1100
- Kereta Manual D: RM1150 hingga RM1300
- Kereta Auto DA: RM1250 hingga RM1500
4 SENARAI PERATURAN BARU LESEN MEMANDU
Apakah senarai peraturan baru lesen memandu dan motorsikal yang bakal dikuatkuasakan nanti?
4 peraturan baru lesen memandu dan motorsikal ialah:
1. PAPAR KADAR BAYARAN
- Setiap sekolah memandu wajib paparkan kadar bayaran harga baru lesen motor dan kereta untuk tahun 2021 samada belajar memandu di semua negeri di Malaysia.
2. PASANG KAMERA
- Setiap kenderaan akan dipasang kamera, bagi mengelakkan penguji ambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah.
3. UJIAN PRAKTIKAL
- Selepas ini, tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ. Ini kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi.
4. UJIAN KOMPUTER
- Ujian komputer juga selepas ini akan dipantau sepenuhnya sistem video di dalam bilik ujian
Baca juga: Nak Renew Lesen Kenderaan Motor (LKM) Di Kaunter JPJ? Bawa Dokumen Ini & Ikut Panduan Dari JPJ
“Bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis. Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini.”
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Nak pergi ambil lesen memandu? Anda boleh terus hadir ke Institut Memandu yang berhampiran atau dapatkan maklumat lanjut serta pertanyaan mengenai peraturan baru untuk ambil lesen memandu tahun 2021 di saluran berikut:
- Kedah
- Perlis
- Pulau Pinang
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Perak
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Johor
- Sabah
- Sarawak
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.