Selangor Perkenal Rumah Idaman Untuk Rakyatnya! Pendapatan Isi Rumah Bawah RM10,000 Dah Boleh Mohon
Nampaknya ekonomi negara semakin pulih dan peluang pekerjaan juga sudah semakin banyak.
Pencari kerja yang memohon pekerjaan melalui SPA9, MySPP dan MyFutureJobs juga semakin ramai dipanggil interview untuk kelayakan memasuki bidang pekerjaan masing-masing.
Jadi, yang cukup wang untuk membeli rumah pertama atau rumah idaman, boleh tengok-tengok disini dan buat permohonan untuk memiliki rumah idaman anda disini.
JUMLAH RUMAH IDAMAN SELANGOR
Isi Kandungan
Terdapat 30,000 jumlah Rumah Idaman Selangor dijangka dibina di lokasi yang strategik.
Buat masa ini juga, terdapat 10 projek Rumah Idaman Selangor disediakan kepada rakyat Negeri Selangor iaitu:
- Idaman BSP
- Idaman Melur
- Idaman Cahaya
- Idaman Kita
- Idaman Perdana
- Idaman Sari
- Idaman Bukit Jelutong
- Idaman Elmina 4
- Idaman Elmina 5
- Idaman Elmina 12
CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN SELANGOR
Apa pula ciri-ciri Rumah Idaman Selangor? Ini 5 ciri-ciri Rumah Idaman Selangor untuk rujukan anda. Mana tahu, menepati citarasa anda pula.
- Ruang tamu dilengkapi 1 unit televisyen
- 3 bilik tidur dan setiap bilik dilengkapi 1 unit almari
- Ruang dapur dengan kabinet dapur dan peti sejuk
- Setiap bilik dilengkapi 1 unit penyaman udara
- 2 bilik air dilengkapi unit pemanas air
- Ruang parkir dilengkapi 2 ruang parkir
Harga bersih Rumah Idaman Selangor juga secara bersihnya berharga:
- RM250,000 sahaja
CONTOH LOKASI STRATEGIK RUMAH IDAMAN SELANGOR
Ini adalah salah satu lokasi strategik Rumah Idaman Selangor untuk rujukan anda.
SYARAT UMUM PERMOHONAN
Sebelum buat permohonan, baca dahulu syarat umum permohonan seperti berikut:
- Mestilah Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan Isi Rumah kurang RM10,000
- Berdaftar dengan LPHS
Untuk mohon, klik pada nama rumah di atas atau klik pada pautan di bawah:
SOLUSI PEMBIAYAAN IDAMAN
5 solusi pembiayaan Rumah Idaman Selangor pula adalah seperti berikut:
- Bekerja sendiri/Berpendapatan tetap
- Pakej pembiayaan sehingga 100%
- Kekurangan dokumen pendapatan
- Tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun
- Kadar keuntungan/Faedah serendah 3.5%
Anda juga boleh dapatkan rumah pertama melalui beberapa kaedah berikut:
- i-RAHMAN Terengganu, Golongan Bujang Pun Boleh Mohon & Miliki Rumah Sendiri
- Rumah Selangorku: Pendaftaran, Permohonan & Semakan Status Online
- Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama
- Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bagi Yang Berpendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM3,000
- Rumah IKRAM KPKT Dengan Kadar Sewa RM124 Sebulan Sahaja & Ini Syarat Permohonannya
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Berminat nak mohon Rumah Idaman Selangor tetapi ingin dapatkan maklumat yang seterusnya? Sila hubungi:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.