Terkini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan lagi kepada peminjam yang layak.
Berita gembira ini telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini.
Peminjam yang terkesan dengan pandemik Covid-19 boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN secara online
Juga baca: 5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!
TEMPOH LANJUTAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Isi Kandungan
Tempoh lanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah:
- Selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.
TARIKH PERMOHONAN LANJUTAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai :
- 5 Januari hingga 31 Mac 2021.
Manakala tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan.
Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN berikutan pandemik COVID-19.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Anda boleh kemukakan pertanyaan lanjut di:
- 03-21933000 (Careline PTPTN) yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.